CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Baju T `Respect Mukhriz Mahathir’ macam goreng pisang panas
ALOR SETAR: Baju T yang dijual di kedai-kedai sekitar bandar ‘jelapang padi’ di sini menjadi rebutan orang ramai yang ingin memilikinya.
Baju yang ditulis dengan perkataan ‘Respect Mukhriz Mahathir’ dan dijual dengan harga RM25 sehelai itu mendapat sambutan luar biasa walaupun baru dua hari berada di pasaran.
Dijangka baju T itu akan terus mendapat permintaan khususnya pada perhimpunan aman yang digerakkan oleh penyokong Mukhriz hari ini di Stadium Darul Aman.
Seorang penjual pakaian Abdullah Mat Zain, 40 berkata, baju T yang dijualnya itu mendapat permintaan hangat ekoran rakyat mahu menunjukkan tanda sokongan terhadap Mukhriz agar kekal sebagai menteri besar.
“Orang muda suka Mukhriz kerana idea beliau membangunkan sukan terutamanya dalam meningkatkan prestasi bola sepak Kedah.
“Kita reka baju ini untuk penyokong Mukhriz sebab kita ‘respect’ kepimpinan beliau,” katanya kepada FMT.
Mengulas lanjut, dia yakin baju T berkenaan akan terus mendapat sambutan dan mahu menambah stok baju itu daripada pembekal.
“Selagi ada permintaan kita akan jual. Ini kerana baru dua hari ia dikeluarkan penjualannya sudah mencecah 300 helai.
“Pembekal hanya menghasilkan 600 helai dahulu. Kita akan tambah lagi,” ujarnya.
Sementara itu, seorang pembeli yang hanya mahu dikenali dengan nama Zam, 23, berkata, baju T itu dibeli untuk dipakai ketika perhimpunan aman nanti.
Katanya, ia sebagai sokongan terhadap Mukhriz untuk terus kekal menjadi Menteri Besar Kedah.
“Saya beli T-Shirt Mukhriz ini sebab nak pakai masa perhimpunan aman nanti.
“Kita sokong kepimpinan beliau,” ringkasnya. -FMT

0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.