Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[BUNG MOKHTAR TENAT TIDAK BENAR] Bung Mokhtar tunggu giliran dibedah

CELAH GELEGAR
[BUNG MOKHTAR TENAT TIDAK BENAR] Bung Mokhtar tunggu giliran dibedah
Gambar terkini Bung Mokhtar Radin
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menafikan khabar angin mengatakan beliau dalam keadaan tenat.
Perkara itu disahkan olehnya ketika dihubungi FMT di sini, hari ini, serta memberitahu beliau dalam keadaan sihat.
“Saya dalam keadaan baik. Tak ada bro (merujuk kepada dakwaan mengatakan beliau tenat),” jawabnya ringkas.
Beliau dalam masa yang sama turut menghantar sekeping gambar bagi membuktikan dirinya sihat.
“Inilah keadaan saya bro (berujuk kepada gambar yang dihantar)” katanya sambil menunjukan isyarat bagus.
Mengulas lanjut, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu memaklumkan bahawa beliau akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat dan meminta rakyat mendoakan kesihatannya.
Sementara itu, menurut laporan Harian Metro hari ini, isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Zizie Ezzette berkata, beliau dan Bung meraikan enam tahun usia perkahwinan mereka pada Disember lalu di China.
“Sudah tiga bulan saya berulang-alik ke sana. Alhamdulillah, keadaan suami semakin pulih. Insya-Allah dia akan pulang ke tanah air minggu depan.
“Selain sibuk dengan perniagaan, pada masa sama saya perlu memberi tumpuan kepada suami,” katanya. - FMT

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.