Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GENG TIPAH KOYAK PUN DAH 'MATI KUTU'!!!

SEMUT HITAM
GENG TIPAH KOYAK PUN DAH 'MATI KUTU'!!!
Aduhai!!! Kalau tidak kerana diorang ni dah Ketar Lutut nak teruskan kes saman fitnah Si Ketua Penipu tu terhadap Khairy Jamaluddin, dah tentu -  tentu diorang sendiri dah 'Fed-Up'.

Mana tidaknya. Banyak sangat saman fitnah yang difailkan oleh Si Ketua Penipu tu hanya semata - mata kerana nak orang 'Tutup Mulut' dari terus mendedahkan pembohongan yang dilakukan.

Kali ini, kes berkaitan dengan saman fitnah yang difailkan oleh Si Ketua Penipu tu terhadap Menteri Belia dan Suka pulak yang diminta untuk diselesaikan secara 'Mediasi' diluar mahkamah.

Yang mintak bukan dari pihak yang disaman tau. Tapi yang mintak kes tersebut diselesaikan secara 'Mediasi' tu dari kalangan peguam Si Ketua Penipu tu sendiri. Maka sebab itu kita anggap diorang sendiri pun dah 'Lemau' melayan kerenah Si Ketua Penipu tu!!!
KUALA LUMPUR - Peguam mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan cadangan kepada Mahkamah Tinggi supaya kes saman fitnah anak guamnya terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin diselesaikan secara mediasi.

Peguam J Leela berkata beliau mencadangkan kepada Pesuruhjaya Kehakiman S Nantha Balan supaya kedua-dua pihak menyelesaikannya secara mediasi memandangkan kes tersebut telah berlarutan hampir lapan tahun.

“Saya telah mencadangkan kepada mahkamah untuk usaha mediasi dan mahkamah menetapkan Jumaat ini untuk mengetahui hasil perbincangan berhubung mediasi itu,” katanya kepada pemberita selepas menemui Nantha di dalam kamar Selasa.

Leela berkata mahkamah juga menetapkan tiga hari iaitu 7, 8 dan 9 Mac tahun ini bagi perbicaraan kes saman tersebut.

Pada 7 Mac, 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Khairy yang ketika itu naib ketua Pemuda UMNO telah memfitnahnya dalam satu ucapan di Lembah Pantai pada 20 Feb, 2008.

Anwar mendakwa bahawa klip video ucapan defendan bertajuk “Anwar and kin no threat” juga disebarkan dalam laman sesawang termasuk Malaysiakini.com. Khairy dalam kenyataan pembelaan yang difailkan pada 8 Okt, 2010, berkata beliau bergantung kepada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.


Pada 6 April tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Khairy untuk meminda kenyataan pembelaannya untuk memasukkan dapatan khusus penghakiman Mahkamah Persekutuan pada 2 Sept, 2004 dalam kes liwat pertama dihadapi Anwar.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.