Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[GOVERNMENT OF THE DAY DISALAH TAFSIR] Kakitangan awam perlu setia kepada Raja, bukan parti politik – Azmin

CELAH GELEGAR
[GOVERNMENT OF THE DAY DISALAH TAFSIR] Kakitangan awam perlu setia kepada Raja, bukan parti politik – Azmin
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa seluruh kakitangan awam di negeri itu agar meletakkan kesetiaan hanya kepada Sultan Selangor, bukannya pemimpin atau parti politik.
Beliau berkata, tanggapan menuntut kakitangan awam taat kepada kerajaan semasa yang mentadbir (government of the day) akhirnya disalahtafsir kepada parti yang memerintah.
Jika ini berterusan, tiada jaminan institusi perkhidmatan awam akan menjadi profesional dan berprinsip.
Kakitangan awam tidak perlu setia kepada orang atau parti politik, tetapi berpegang kepada piagam perkhidmatan awam dan hanya setia kepada Duli Yang Maha Mulia dan negara serta negeri,” katanya dalam perhimpunan bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Selangor di sini pagi tadi.
Beliau berkata pagi, kepemimpinan politik boleh bertukar ganti, namun institusi perkhidmatan awam kekal dalam pentadbiran negara dan negeri.
“Ini adalah cabaran paling penting dalam memastikan kelangsungan pentadbiran sesebuah kerajaan di peringkat negara dan negeri supaya lebih efektif, berkesan dan bersih,” katanya lagi. - FMT

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.