Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[JANGAN DENGAR CAKAP MENTERI] Polis nafi kenyataan Tengku Adnan beberapa lokasi di KL sasaran pengganas

CELAH GELEGAR
[JANGAN DENGAR CAKAP MENTERI] Polis nafi kenyataan Tengku Adnan beberapa lokasi di KL sasaran pengganas
Tengku Adnan sebelum ini menamakan Bangsar, Hartamas, Bukit Bintang dan Menara KL sebagai tempat tumpuan kumpulan pengganas.

KUALA LUMPUR, Ahad – Polis menafikan laporan mengatakan beberapa lokasi di ibu negara menjadi sasaran kumpulan pengganas.
Menegaskan demikian Penolong Ketua (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad, berkata polis tidak pernah memaklumkan lokasi strategik yang menjadi sasaran kumpulan pengganas.
Katanya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hanya memaklumkan bahawa polis meningkatkan kawalan di tempat awam bagi memastikan keselamatan orang awam, termasuk menambah bilangan anggotanya.
“Polis meletakkan segala kemungkinan pada tahap tertinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, polis memandang serius penyebaran maklumat tidak benar yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan orang awam.
“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak percaya mengenai khabar angin dan mesti berhenti daripada menyebarkannya kerana ia boleh menyebabkan kebimbangan, terutama kenyataan yang tidak datang dari pasukan polis,” katanya.
Pagi tadi, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa menerima maklumat bahawa selain pusat tumpuan pelancong Bukit Bintang, beberapa kawasan di sekitar ibu kota termasuk Bangsar dan Hartamas turut tersenarai antara kawasan panas yang menjadi ancaman penggganas.
“Ya saya ada terima maklumat (daripada perisikan). Antara kawasan termasuk Menara Kuala Lumpur, Bukit Bintang, Bangsar, Hartamas dan Damansara,” katanya pada sidang media Pelancaran Kempen Kibarkan Bendera Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.
Katanya, pihaknya yang bekerjasama erat dengan pasukan keselamatan negara turut mengenal pasti individu mahupun kumpulan yang merancang untuk mengkucar-kacirkan negara.
“Ada pihak hendak huru-harakan keamanan negara, cemburu dengan pencapaian yang kita capai. Kita akan tingkatkan kawalan keselamatan di kawasan-kawasan ini termasuk pusat tumpuan pelancong dan orang ramai,” katanya. - ismaweb

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.