Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[JERSI TRW KEKAL MERAH, JERSI PINK TURUT DIDAFTARKAN) Annuar Musa: Kita Bukan Pasukan "Meluarkan Kuasamu" Tapi Kita Bersedia DIHADAPAN & MENONGKAH ARUS

CELAH GELEGAR
[JERSI TRW KEKAL MERAH, JERSI PINK TURUT DIDAFTARKAN) Annuar Musa: Kita Bukan Pasukan "Meluarkan Kuasamu" Tapi Kita Bersedia DIHADAPAN & MENONGKAH ARUS

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa hari ini memberi penjelasan mengenai beberapa keputusan mesyuarat Exco KAFA antaranya mengenai warna jersi The Red Warriors.

Beliau menyatakan bahawa Kelantan menetapkan warna jersi tradisi iaitu warna Merah (home) bagi pelawanan di tempat sendiri akan kekal. Manakala warna putih/biru jika bermain di tempat lawan. 

"Jersi NIKE ini akan dilancarkan pada 10 Februari 2016" kata beliau.

Sementara itu, Kelantan juga akan mendaftarkan jersi kedua yang berwarna Shocking Pink (home) seperti yang ditetapkan oleh penaja dan pelancarannya akan dibuatkan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh penaja utama iaitu Dato' Seri Vida.

Selain itu, The Red Warriors juga menerima 3 buah bas sumbangan penaja.

Annuar juga meluah perasaan menyatakan segala pembaharuan yang Kelantan lakukan ini pastinya menjadi tumpuan, perhatian dan juga dicemburui.

"Tapi tidak mengapa..kita adalah kita...kita tersendiri...kita mungkin bukan pasukan yang meluaskan kuasa mu..tapi kita pasukan yang bersedia untuk berada di hadapan dan menongkah zaman...gomo klate gomo.."


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.