Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"KEADILAN SONGSANG" VERSI PKR!!!

SEMUT HITAM
"KEADILAN SONGSANG" VERSI PKR!!!
Heh! Pelikkan. Nama je Parti Keadilan Rakyat. Tapi nampak gayanya, Keadilan yang diperjuangan jelas hanya sekadar menjaga kepentingan pemimpin - pemimpin peringkat atasan semata - mata.

Sebaliknya, mereka yang berada dibawah dan bertaraf "Ikan Bilis" ni jugak yang menjadi mangsa kerakusan pemimpin - pemimpin atasan. Itulah jenis 'Keadilan' bagi puak - puak PKR tu.

Jika sebelum ini, Keadilan yang diperjuangkan hanya tertumpu kepada Si Ketua Penipu tu je. Apa sahaja yang ada kaitan dengan salah laku dia, sudah pasti akan ditentang oleh puak - puak PKR tu.

Maka sebab itu sebelum ini kita kata, PKR ni tak layak guna maksud "Parti Keadilan Rakyat". Sebaliknya, PKR ni lebih sesuai untuk diterjemahkan sebagai "Parti Keluarga Rosak".

Kali ini, tiba giliran Si Chagubard tu pulak yang menjadi mangsa Birokrasi dalam PKR apabila dia dipanggil untuk mengadap Jawatan Kuasa Disiplin (JKD) yang dijadualkan esok jam 3 petang.

Katanya, JKD memanggil Si Chagubard tu kerana kelantangan dia mendedahkan pelbagai salah-laku dalam urus-tadbir Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Si Menteri Besar Cap Ayam tu.
SHAH ALAM: Ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin dipanggil menghadap lembaga displin parti itu pada 11 Januari ini.

“Baru mendapat mesej daripada Jawatankuasa (Lembaga) Displin PKR memaklumkan yang saya dipanggil untuk hadir ke satu sesi pendengaran dan siasatan di ibu pejabat parti pada jam 3.30 petang, 11 Januari nanti.

“Sekurang-kurangnya suara dan desakan didengar. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada pengerusinya Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi,” katanya menerusi Facebook sebentar tadi.


Walaupun tidak menyatakan secara khusus sebab beliau dipanggil, ia dipercayai berikutan siri kritikannya terhadap kerajaan Selangor, khususnya Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Itu yang buat kita rasa pelik. Kenapa pulak orang yang mendedahkan salah-laku pentadbiran itu pulak yang nak dipanggil sedangkan orang yang melakukan salah-laku tu dibiar begitu sahaja?

Kenapa pulak Si Menteri Besar Cap Ayam tu tak dipanggil bagi menjelaskan penyelewengan dalam tadbir-urus Rejim Pakatan Selangor tu? Kenapa dia dikecualikan dari mengadap JKD?

Dari satu sudut, ramai pihak yang berpendapat, tindakan JKD memanggil Si Chagubard tu hanya sekadar nak suruh dia "Tutup Mulut" je semata - mata supaya pekung PKR tu tak terdedah. Bukannya diorang nak menegakkan Keadilan sangat pun!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.