SEMUT HITAM
MAHFUZ TAK NAK KEDAH JADI "DARUL MAFIA"!!!
Heh! Pelik betul tengok gelagat Si Mahfuz Bean ni. Beria - ia betul dia nak mempertahankan kedudukan Menteri Besar Kedah pada ketika ini dengan pelbagai kenyataan yang telah dia buat.
Dalam kenyataan yang disiarkan hari ini, Si Mahfuz Bean tu kata, dia tak nak Kedah bertukar menjadi Negeri 'Darul Mafia' ekoran tindakan beberapa orang pemimpin Negeri tersebut.
"Seluruh rakyat Kedah mesti berusaha menghalang rampasan kuasa ini. Jangan biarkan ada pihak bertindak mencalarkan nama baik Sultan Kedah serta merosakan nama baik negeri tercinta ini."Jangan nanti Kedah Darul Aman bertukar kepada Kedah Darul Mafia," katanya melalui kenyataan dikeluarkan hari ini.
Kalau dilihat dari satu sudut, hasrat Si Mahfuz Bean tu dilihat 'Suci' dan 'Murni'. Tapi itu bukan menjadi persoalan utama. Soal sama ada Si Mahfuz Bean tu nak sokong siapa, itu dia punya pasal.
TAPI, yang kita herannya, kenapa dalam isu krisis Menteri Besar Kedah sekarang baru Si Mahfuz Bean tu beria - ia nak masuk campur? Walhal, MB Kedah sekarang ni dari kalangan ahli UMNO.
Kenapa tidak sebelum ini Si Mahfuz Bean tu masuk campur dalam urusan Menteri Besar Kedah? Kenapa Si Mafuz Bean tu tak bersuara pada ketika Allahyarham Ustaz Azizan Razak diserang?
Sedangkan pada ketika itu, serangan pemimpin PAS Kedah terhadap Allahyarham datang dari pelbagai sudut. Malangnya, Si Mahfuz Bean tu sikit pun tak bersuara mengenai krisis yang melanda.
Kenapa pada ketika itu Si Mahfuz Bean tu tak pulak tampil untuk menghalang usaha 'Rampasan Kuasa' ala Mafia dari kalangan pemimpin PAS yang Anti dengan Ustaz Azizan?
Sebaliknya, Si Mahfuz Bean tu hanya sekadar mendiamkan diri dan hanya dilihat 'Lepas Tangan' bagi menyelesaikan masalah yang berlaku walaupun dia pemimpin Negeri tersebut.
Bahkan Si Mahfuz Bean tu sendiri memegang jawatan yang cukup tinggi dalam kepimpinan PAS Pusat. Tapi, sikit pun Si Mahfuz Bean tu tak ambik tau mengenai apa yang berlaku. Kan pelik tu?
Maka tak salah la jika kita kata yang Si Mahfuz Bean tu bersuara dalam krisis kepimpinan Negeri Kedah kali ini hanya sekadar taktik nak mencari 'Publisiti Murahan' semata - mata. Bukannya dia ambik berat sangat dengan apa yang berlaku di Negeri Jelapang Padi tu!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.