Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melaka : Bandaraya Bersejarah Yang Indah

AMIE'S LITTLE KITCHEN
Melaka : Bandaraya Bersejarah Yang Indah
Dua hari berada di Melaka tidak cukup sebenarnya untuk menjelajah ke semua kawasan yang terletak di Bandar Hilir. Namun apakan daya, hanya itulah sahaja masa yang diperuntukkan. In shaa Allah ada rezeki dan kesempatan, kami akan berkunjung lagi. Apa yang dapat Amie simpulkan di sini ialah, memang Melaka sebuah bandaraya bersejarah yang cukup indah! Sangat kaya dengan khazanah warisan Kesultanan Melayu Melaka dan anda pastinya tidak akan menyesal apabila berkunjung ke bandar bertuah ini. 
Jom kita lihat antara gambar-gambar menarik yang sempat Amie rakam ketika berada di Bandar Hilir Melaka.

 Pemandangan di tepi Sungai Melaka.


Hasrat untuk naik River Cruise terpaksa dibatalkan memandangkan kesuntukan masa. Dalam hati penuh azam nak datang lagi, nak tangkap gambar persekitaran Sungai Melaka ketika berada dalam River Cruise. In shaa Allah... kalau jadi ikut serta jambori pengakap di Melaka pada bulan Mei nanti, Amie cuba sekali lagi datang ke sini.


Nampak bersih dan indah!

 Dan sangat nyaman! Angin bertiup sungguh menyegarkan!
Jangan lupa nikmati semilir bayu dari muara Sungai Melaka ....adeeehhh...rasanya nak terlelap ketika berada di sini. 


Ini Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka setinggi 13 meter yang terletak di tebing Sungai Melaka. Walaupun hanya sebuah replika tetapi dapat menggambarkan kehebatan teknologi pada ketika itu.


Replika Kapal Flor de La Mar, kapal seberat 400 tan yang pernah menjadi kebanggaan Portugis namun akhirnya tenggelam di Selat Melaka pada November 1511 bersama segala harta berharga milik Kesultanan Melayu Melaka yang diangkut oleh Alfonso de Albuquerque di Selat Melaka untuk dipersembahkan kepada Raja Portugal.


Muzium Kesultanan Melayu Melaka yang boleh dijadikan tempat rujukan untuk menelusuri sejarah masa lampau. Moga terus menjadi ikhtibar kepada kita agar sentiasa memupuk semangat patriotisme dalam diri.

Kota A Famosa.

Bukit St. Paul dan runtuhan Gereja St. Paul.

Kubur Belanda di kaki Bukit St. Paul.






Panorama di sekitar Bandar Hilir Melaka dari Menara Taming Sari,








Jangan lupa naik Duck Tour.

Jangan lupa untuk menikmati asam pedas Melaka yang terkenal itu!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.