Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[MUKHRIZ SAHKAN HADIR MESYUARAT MT UMNO ESOK] Najib & MT bakal tentukan Nasib Mukhriz esok, Sabarlah Allah Bersama Orang yang BENAR

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[MUKHRIZ SAHKAN HADIR MESYUARAT MT UMNO ESOK] Najib & MT bakal tentukan Nasib Mukhriz esok, Sabarlah Allah Bersama Orang yang BENAR

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang sedang berdepan tindakan dipecat akan hadir ke mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno esok di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana dijangka nasibnya bakal ditentukan dalam mesyuarat tersebut.
Sumber terdekat Mukhriz mengesahkan kepada The Malaysian Insider, Mukhriz akan bertolak ke Kuala Lumpur esok untuk menghadiri mesyuarat tersebut.
"Mukhriz akan hadir ke mesyuarat tersebut memandangkan beliau masih menteri besar yang sah hingga hari ini," kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Mukhriz, menteri besar penggal pertama itu, mengikut hierarki dalam Umno juga merupakan ahli MT bagaimanapun tidak mempunyai kuasa untuk mengundi dalam sebarang keputusan parti.
Sumber memberitahu, Mukhriz akan meminta penjelasan berhubung kemelut politik yang sedang melanda di Kedah dan berharap jawatannya sebagai menteri besar dikekalkan sehingga berakhir penggal.
"Menteri besar mahu meminta pencerahan daripada kepimpinan mengenai kemelut politik yang melanda dan setakat hari ini beliau masih kekal dengan pendirian untuk kekal mentadbir kerajaan negeri.
"Mengenai tawaran semasa di Langkawi, beliau sudah menolak," kata sumber merujuk mengenai tawaran jawatan timbalan menteri yang ditawarkan kepada Mukhriz sebelum ini daripada Najib jika meletak jawatan sebagai menteri besar secara sukarela.
Bagaimanapun, Mukhriz bakal berdepan halangan dalam mesyuarat MT esok memandangkan 3 ahli MT dari Kedah juga merupakan antara yang berada dalam kumpulan penentang yang mendesaknya berundur daripada jawatan menteri besar.
Menurut sumber, 3 ahli MT tersebut, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Datuk Seri Mahdzir Khalid akan memainkan peranan penting dalam mesyuarat untuk mempengaruhi keputusan memecat Mukhriz.
"Tiga ahli MT dari Kedah ini antara yang berada dalam sidang media mendesak Mukhriz berundur, malah mereka ini juga ‘mastermind’ dalam langkah menyingkirkan menteri besar.
"Mukhriz sedar mengenai risiko dihadapinya dalam mesyuarat esok dan sedia berdepan sebarang kemungkinan," kata sumber.
Tiga ahli MT tersebut juga yang menang dalam pemilihan juga mempunyai kuasa untuk mengundi untuk menyingkirkan Mukhriz.
"Mereka (3 ahli MT) tersebut boleh mengundi. Jika undian dibuat, Mukhriz berdepan cabaran yang besar tewas dalam mesyuarat MT esok," katanya.
Mukhriz, yang juga menteri besar penggal pertama ketika ini berdepan penentangan Umno Kedah apabila sekumpulan pemimpin Umno negeri diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan Datuk Ahmad Bashah Hanipah pada Rabu lepas menyatakan hilang keyakinan dan memintanya berundur daripada jawatan menteri besar.
Turut berada dalam sidang tersebut 2 ahli MT Kedah, Jamil Khir dan Azeez.
Sejurus selepas sidang media itu, Najib juga bertemu pemimpin Umno Kedah di PWTC dan juga bertemu Mukhriz kemudiaannya di Langkawi hujung minggu lalu.
Kemelut politik Kedah sudah masuk seminggu lebih dan sehingga hari ini Najib masih mengumumkan nama baharu menteri besar walaupun sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, dipercayai bagi membincangkan mengenai nama menteri besar baharu. – 28 Januari, 2015. TMI

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.