Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NURUL IZZAH SENTAP, ORANG BAGI CADANGAN PUN TAK BOLEH!!!

SEMUT HITAM
NURUL IZZAH SENTAP, ORANG BAGI CADANGAN PUN TAK BOLEH!!!
Heh! Sejak jadi Mak Janda ni, makin sentap pulak Si Nurul Izzah ni. Sampai tahap orang nak bagi cadangan pun dia tolak. Ke mana hilangnya Hak Kebebasan yang dilaung - laungkan selama ini?

Dalam satu kenyataan yang dibuat hari ini, Si Nurul Izzah tu mengecam tindakan Ketua Menteri Sarawak dengan mendakwa dia melangkaui kuasa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semuanya hanya kerana Ketua Menteri Sarawak tu sebelum ini mengumumkan cadangan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri tersebut pada bulan April nanti seperti yang disiarkan semalam.
"Saya rasa kalau betul begitu kita tidak perlukan SPR, tetapi cukup dengan ketua menteri. Saya harap beliau tidak mengawal keputusan dibuat SPR," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Konvoi #BebasAnwar di Kuala Lumpur hari ini.
Hakikatnya, cadangan yang dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak tu hanya sekadar cadangan yang diberikan kepada SPR, bukannya dia yang buat keputusan akhir mengenai cadangan tersebut.

Yang menentukan tarikh untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri itu tetap juga pihak SPR. Rasanya, Ketua Menteri Sarawak tu sendiri pun tau mengenai perkara tu. Jadi, kenapa Si Nurul Izzah tu nak bising?

Yang menjadi masalahnya ialah penyebaran berita yang dilakukan oleh sesetengah media semalam memberi gambaran seolah - olah Ketua Menteri Sarawak tu yang buat pengumuman.

Padahal, pengumuman yang disampaikan tu hanya sekadar satu cadangan yang dihantar kepada pihak SPR. Takkan itu pun pengamal media boleh terkeliru? ATAU, mereka memang sengaja nak mengelirukan orang lain???

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.