.
Pas meraih modal di sebalik bantah TPPA?
SUSUPAN TENGAHARI
Semalam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengadakan taklimat mengenai TPPA kepada Ahli Parlimen yang berlangsung di Kuala Lumpur. Taklimat ini penerusan kepada siri taklimat menjelas dan menerangkan TPPA yang diadakan kepada berbagai pihak.
Tujuan majlis itu ialah untuk memberi penerangan dan kefahaman kepada ahli parlimen mengenai TPPA secara mendalam sebagai persiapan untuk dibahaskan di parlimen kelak.
TPPA akan dibawa ke parlimen pada 26 Januari depan untuk dibahas oleh ahli parlimen kemudian menentukan apakah perjanjian itu akan diluluskan atau tidak. Bagi Mustapa Mohamed taklimat dan penerangan itu penting yang memerlukan komitmen semua pihak untuk menjelaskan kedudukan sebenar berhubungan perjanjian berkenaan yang dikalan ini menjadi sedikit kontroveri.
Dalam taklimat itu juga Ahli Parlimen berpelung untuk menyoal dan mendapat apa-apa sahaja penjelasan yang mungkin keliru, kabur berhubung TPPA. Mustapa mengakui dan berpegang kepada hakikat dan prinsip Ahli Parlimen masing-masing terutamanya dari pembangkang.
Katanya, sama ada ahli parlimen menyokong atau tidak di parlimen itu adalah hak mereka, tapi yang penting tekannya, perbahasan (sidang khas) itu berlaku secara objektif dan profesional. Ertinya Mustapa mahu perbahasan mengenai TPPA itu dibuat dengan penuh rasional dan matang.
Beliau tidak mahu perbahasan nanti berlangsung dalam keadaan tanpa ada maklumat dan penjelasan, apa lagi jauh sekali dibuaki dengan emosi seperti mana yang berlaku berhubung sesuatu isu sebelum ini. Apa yang mustahak dalam perbahasan nanti kerajaan mahukan apa juga pandangan yang bernas sebelum perjanjian itu ditanda tangani kerana ia ada kiatan dengan negara bukan sekelompok orang.
Kesediaan MITI membuka peluang untuk mengundang Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara termasuk dari pembangkang itu menjelaskan keikhlasan Mustapa khasnya, dan kerajaan berhubung TPPA. Sudah tentulah Mustapa sendiri sebagai menteri dipertanggungjawab tidak mahu memikul segala beban dan implikasi dari pelaksanaanya bersendirian. Baik dan buruk TPPA harus dipukul bersama. Makanya tanggungjawab sebelum meluluskan perjanjian itu diletak diatas bahu semua penanggungjawab.
Justeru, kehadiran Ahli Parlimen termasuk pembangkang itu sesuatu yang penting, dan menandakan Ahli Parlimen menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat. Mandat yang diberikan rakyat dipergunakan sebaik mungkin.
Boleh dikatakan semua parti politik pembangkang menghantar wakil ke majlis taklimat berkenaan. Keadilan (PKR) diwakili sendiri oleh Presidennya Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar dan lain-lain. Manakala DAP diwakili oleh Teresa Kok dan beberapa yang lain. Wakil Amanah juga turut sama hadir. Dalam kesempatan itu mereka berpeluang bersemuka dengan Mustapa dan mendapat penjelasan daripada pakar-pakar bersangkutan.
Bagaimana pun sesuatu yang agak mendukacitakan tidak ada wakil daripada parti agama Pas hadir ke majlis taklimat berkenaan. Ketiadaan wakil rakyat Pas ini sesuatu yang sangat dikesali dan tidak wajar sekali. Sepatutnya mereka hadir untuk mendapat penjelasan dan penerangan kalau pun tidak ada idea untuk melontarkan pandangan. Wakil Pas perlu datang juga sekali pun ia bercadang untuk membantahnya.
Pas bercadang akan mengadakan demostrasi membantah pelaksanaan TPPA dalam tempoh terdekat ini. Apakah Pas sudah memahami serta mengetahui baik dan buruk TPPA itu dengan jelasnya sebelum membantah di jalan raya? Atau pun Pas sengaja mahu mencari populariti menerusi isu berkenaan sebagai jalan keluar kepada masalah yang sedang berpolot kini. Pas kini berada dalam keadaan tidak begitu kondusif ekoran perpecahan yang melanda parti itu.
Tindakan Pas menganjurkan bantahan TPPA itu juga dikira songsang kerana baru-baru parti itu mengambil sikap berkecuali dalam menyatakan sokongan atau bantahan kepada Bajet dibentangkan Najib. Wakilnya kebanyakan tidak ada dalam dewan semasa pengundian dijalankan. Tetapi alih-alih mengenai TPPA ini Pas bergagah untuk membantahnaya.
Sebelum itu juga Ahli Parlimen Pas tidak bersedia untuk mengangkat plakad "Mana 2.6 billion" dan menganggap ia kerja yoya-yoya atau budak-budak, tetapi hari ini Pas berdiri mengangkat plakad mengatakan akan sedia turun untuk berdemostrasi membantah TPPA. Jelas sekali pendirian dan pendekatan Pas dalam hal ini tidak konsisten.
Adalah lebih baik kalau Pas terus dengan pendirian dan cara tersendirinya itu, bersikap "tawakus" (bantah sambil duduk) berhubung isu TPPA ini tanpa mengadakan bantahan kerana cara itu akan menampakkan parti itu ada pendirian yang mampan. Dan percayalah demostrasi yang dipelopori sendiri oleh Presiden itu tidak akan ke mana dan TPPA tetap juga akan diluluskan kerana BN menguasai majoriti di Parlimen. Pas harus bijak dalam soal ini dan jangan terus membiarkan diri diketawakan umum. [wm.kl. 12:52 pm 13/01/15
Semalam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengadakan taklimat mengenai TPPA kepada Ahli Parlimen yang berlangsung di Kuala Lumpur. Taklimat ini penerusan kepada siri taklimat menjelas dan menerangkan TPPA yang diadakan kepada berbagai pihak.
Sebahagian Ahli Parlimen yang hadir. |
TPPA akan dibawa ke parlimen pada 26 Januari depan untuk dibahas oleh ahli parlimen kemudian menentukan apakah perjanjian itu akan diluluskan atau tidak. Bagi Mustapa Mohamed taklimat dan penerangan itu penting yang memerlukan komitmen semua pihak untuk menjelaskan kedudukan sebenar berhubungan perjanjian berkenaan yang dikalan ini menjadi sedikit kontroveri.
Dalam taklimat itu juga Ahli Parlimen berpelung untuk menyoal dan mendapat apa-apa sahaja penjelasan yang mungkin keliru, kabur berhubung TPPA. Mustapa mengakui dan berpegang kepada hakikat dan prinsip Ahli Parlimen masing-masing terutamanya dari pembangkang.
Kelihatan Nurul Izzah yang hadir dengar taklimat. |
Beliau tidak mahu perbahasan nanti berlangsung dalam keadaan tanpa ada maklumat dan penjelasan, apa lagi jauh sekali dibuaki dengan emosi seperti mana yang berlaku berhubung sesuatu isu sebelum ini. Apa yang mustahak dalam perbahasan nanti kerajaan mahukan apa juga pandangan yang bernas sebelum perjanjian itu ditanda tangani kerana ia ada kiatan dengan negara bukan sekelompok orang.
Kesediaan MITI membuka peluang untuk mengundang Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara termasuk dari pembangkang itu menjelaskan keikhlasan Mustapa khasnya, dan kerajaan berhubung TPPA. Sudah tentulah Mustapa sendiri sebagai menteri dipertanggungjawab tidak mahu memikul segala beban dan implikasi dari pelaksanaanya bersendirian. Baik dan buruk TPPA harus dipukul bersama. Makanya tanggungjawab sebelum meluluskan perjanjian itu diletak diatas bahu semua penanggungjawab.
Justeru, kehadiran Ahli Parlimen termasuk pembangkang itu sesuatu yang penting, dan menandakan Ahli Parlimen menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat. Mandat yang diberikan rakyat dipergunakan sebaik mungkin.
Boleh dikatakan semua parti politik pembangkang menghantar wakil ke majlis taklimat berkenaan. Keadilan (PKR) diwakili sendiri oleh Presidennya Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar dan lain-lain. Manakala DAP diwakili oleh Teresa Kok dan beberapa yang lain. Wakil Amanah juga turut sama hadir. Dalam kesempatan itu mereka berpeluang bersemuka dengan Mustapa dan mendapat penjelasan daripada pakar-pakar bersangkutan.
Bagaimana pun sesuatu yang agak mendukacitakan tidak ada wakil daripada parti agama Pas hadir ke majlis taklimat berkenaan. Ketiadaan wakil rakyat Pas ini sesuatu yang sangat dikesali dan tidak wajar sekali. Sepatutnya mereka hadir untuk mendapat penjelasan dan penerangan kalau pun tidak ada idea untuk melontarkan pandangan. Wakil Pas perlu datang juga sekali pun ia bercadang untuk membantahnya.
Pas bercadang akan mengadakan demostrasi membantah pelaksanaan TPPA dalam tempoh terdekat ini. Apakah Pas sudah memahami serta mengetahui baik dan buruk TPPA itu dengan jelasnya sebelum membantah di jalan raya? Atau pun Pas sengaja mahu mencari populariti menerusi isu berkenaan sebagai jalan keluar kepada masalah yang sedang berpolot kini. Pas kini berada dalam keadaan tidak begitu kondusif ekoran perpecahan yang melanda parti itu.
Tindakan Pas menganjurkan bantahan TPPA itu juga dikira songsang kerana baru-baru parti itu mengambil sikap berkecuali dalam menyatakan sokongan atau bantahan kepada Bajet dibentangkan Najib. Wakilnya kebanyakan tidak ada dalam dewan semasa pengundian dijalankan. Tetapi alih-alih mengenai TPPA ini Pas bergagah untuk membantahnaya.
Sebelum itu juga Ahli Parlimen Pas tidak bersedia untuk mengangkat plakad "Mana 2.6 billion" dan menganggap ia kerja yoya-yoya atau budak-budak, tetapi hari ini Pas berdiri mengangkat plakad mengatakan akan sedia turun untuk berdemostrasi membantah TPPA. Jelas sekali pendirian dan pendekatan Pas dalam hal ini tidak konsisten.
Adalah lebih baik kalau Pas terus dengan pendirian dan cara tersendirinya itu, bersikap "tawakus" (bantah sambil duduk) berhubung isu TPPA ini tanpa mengadakan bantahan kerana cara itu akan menampakkan parti itu ada pendirian yang mampan. Dan percayalah demostrasi yang dipelopori sendiri oleh Presiden itu tidak akan ke mana dan TPPA tetap juga akan diluluskan kerana BN menguasai majoriti di Parlimen. Pas harus bijak dalam soal ini dan jangan terus membiarkan diri diketawakan umum. [wm.kl. 12:52 pm 13/01/15
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.