Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pas nafi terima RM2.6 bilion daripada Umno

CELAH GELEGAR
Pas nafi terima RM2.6 bilion daripada Umno

KOTA BHARU - Pas sekeras-kerasnya menafikan parti itu menerima RM2.6 bilion daripada Umno sebagaimana telah dicanangkan pihak tidak bertanggungjawab.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, perkara tersebut tersebar dan mula menjadi perbualan hangat di kedai-kedai kopi tanpa mengira kaum yang mana telah menimbulkan tanggapan negatif terhadap Pas.

“Saya dapat tahu perkara ini apabila ada yang datang memberitahu saya, orang di kedai-kedai makan sedang bercakap mengenai Najib berikan duit RM2.6 bilion kepada Pas.

“Ini semua fitnah yang terbaru,” dedah Idris dalam ceramahnya di Dun Salor malam kelmarin yang memberitahu perkara tersebut sedang tersebar hangat secara lisan.

Idris berkata, berdasarkan perbualannya dengan beberapa individu yang mendedahkan perkara tersebut, beliau merasakan hal terbabit masih belum tersebar menerusi media sosial, tetapi sebaliknya menjadi topik hebat dari mulut ke mulut.

Secara seriusnya, Idris menjelaskan perkara tersebut tidak tepat sama sekali dan mana mungkin ia terjadi, kerana Pas sendiri yang mahukan derma politik RM2.6 bilion yang sebelum ini dikatakan dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, disiasat.

Idris juga melihat tuduhan menerima RM2.6 bilion tersebut telah mula ditanam dalam minda golongan yang tidak tahu apa-apa dalam politik, sehingga menyebabkan kumpulan berkenaan beranggapan disebabkan hal itu, kaum Cina marahkan Pas.

“Kalau Pas kaya, saya pun dapat duit. Pejabat Pas kita pun kadang-kadang bekalan elektrik mahu kena potong,” katanya sinis.

Idris secara tegasnya berkata, Pas membuka pintu seluas-luasnya untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan dalam perkara tersebut.

“Macam arwah Tok Guru kata, bukan 24 jam, tetapi 25 jam. Kalau betul-betul berlaku kita akan pecat terus tidak kira VIP pun.

“Nak lawan biar lawan dengan hujah. Saya cukup sedih apabila mendengar begitu. Malahan ada yang percaya, duduk bawa benda ini,” katanya.

Beliau turut menyifatkan kerja-kerja kotor sebegitu akan membawa kepada kebinasaan di dunia dan akhirat.

Selain itu, dalam ceramahnya juga, beliau mahukan Kelantan terus kekal berada di bawah kepimpinan Pas.

Baginya, tidak ada gunanya jika menang menawan Putrajaya tetapi Kelantan bertukar tangan kepada parti lain, sedangkan negeri ini mampu menjadi sifu politik. - SH

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.