Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(SEDIALAH ULANGI KEKALAHAN) Tun M : BN Kedah TIDAK PERNAH Kalah PRU tapi Bawah Tangan Puak Penentang MB, PRU-12 BN KALAH

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
(SEDIALAH ULANGI KEKALAHAN) Tun M : BN Kedah TIDAK PERNAH Kalah PRU tapi Bawah Tangan Puak Penentang MB, PRU-12 BN KALAH

LANGKAWI: Kumpulan yang mendesak pertukaran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, disifatkan sebagai golongan yang memiliki reputasi tidak baik. 

Perkara itu dinyatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas mengambil kira peranan kumpulan terbabit yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) Kedah tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu. 

"BN Kedah tak pernah kalah dalam PRU, tetapi di bawah kepemimpinan kumpulan itu, BN kalah dalam PRU dulu (PRU-12). Kumpulan ini desak Menteri Besar ditukar, tetapi mereka sendiri tidak ada reputasi yang baik. 

"Saya rasa Kedah akan kalah dalam PRU akan datang kalau kepemimpinan negeri diserahkan kepada mereka," katanya selepas menghadiri majlis anjuran Global Doctor di sini, hari ini. 

Ditanya apa akibat tindakan diambil kumpulan penentang Menteri Besar, beliau berkata, golongan itu perlu sedia menerima akibat atas tindakan mereka termasuk risiko sekali lagi hilang negeri ke tangan pembangkang. 

Mengulas adakah beliau bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang turut berada di Langkawi semalam, Dr Mahathir mengesahkan tiada pertemuan diadakan. 

"Saya ke Langkawi sebab ada majlis lain...saya tak jumpa dia (Najib)," katanya. 

Ditanya pandangan beliau sebagai bekas Perdana Menteri mengenai jalan penyelesaian terbaik dalam isu itu, beliau bagaimanapun berkata, dirinya bukan lagi Perdana Menteri. 

"Saya bukan lagi Perdana Menteri dan dia (Najib) tak perlukan nasihat saya," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.