Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shahbuddin: Najib Dulu Takut Tun M di NothingToHide, Takut Muhyiddin Rasmi Mesyuarat Sayap, Sekarang Takut Mukhriz di MT

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Shahbuddin: Najib Dulu Takut Tun M di NothingToHide, Takut Muhyiddin Rasmi Mesyuarat Sayap, Sekarang Takut Mukhriz di MT

Mesyuarat MT UMNO semalam tidak membuat apa-apa keputusan berhubung kedudukan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Meskipun Najib Razak sudah mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk memohon perkenan melantik Menteri Besar yang baru, tetapi beliau mengatakan ia akan diumumkan kemudian.

Bermakna, sehingga angkat sumpah diadakan, Mukhriz masih kekal dengan kedudukannya yang ada sekarang.

Tetapi, semalam beliau sudah pun dihalang daripada menghadiri mesyuarat MT sedangkan masih lagi berkedudukan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO dan Menteri Besar Kedah.

Walaupun kehadiran Mukhriz dalam mesyuarat MT hanyalah dalam kapasiti "turut hadir"  berikutan kedudukannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, namun selagi jawatan itu masih disandangnya, beliau tidak seharusnya "dihalau"  begitu saja.

Harus ada sedikit hormat atas jawatan yang disandangnya itu, lainlah jika beliau sudah digugurkan daripada mengetuai UMNO negeri Kedah.

Kenapa jadi begini?  Apa yang Najib takut sangat dengan Mukhriz daripada menghadiri mesyuarat MT itu?

Apa yang cuba dirahsiakan dalam mesyuarat MT semalam?

Mengapa menutup terus telinga daripada mendengar penjelasan Mukhriz sekiranya timbul perbincangan mengenai jawatannya yang mahu dilucutkan?

Sebelum ini Najib didapati takut dengan Tun Mahathir Mohamad dalam program NothingToHide dan takut dengan Muhyiddin Yasin sehingga tidak membenarkannya merasmikan mesyuarat sayap-sayap serta berucap menggulung perbahasan Perhimpunan Agung UMNO, rupa-rupanya beliau juga gentar untuk berdepan anak bekas Perdana Menteri itu.

Apakah Najib hanya berani dalam komunikasi sehala saja? Kenapa sebagai individu paling berkuasa dalam negara, Najib masih ada rasa takut dalam dirinya?
 
 
Memang hak Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO untuk menukar mana-mana Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO, tetapi beliau juga seharusnya tahu menghormati kedudukan seseorang yang masih ada kedudukan dalam parti dan kerajaan.

Belajarlah daripada Tun Mahathir yang masih memberi ruang kepada Tun Musa Hitam merasmikan mesyuarat sayap-sayap pada pemilihan 1987 meskipun ketika itu bekas Timbalan Perdana Menteri itu bermusuh dengannya.

Juga, belajarlah bagaimana Tun Mahathir masih membenarkan Anwar Ibrahim menghadiri mesyuarat MT dan membela dirinya sebelum memecatnya pada 1998 dahulu.

Kalau pun perlantikan Menteri Besar memerlukan sedikit masa lagi untuk Najib menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu, kenapa tidak digugurkan saja jawatan Mukhriz sebagai Pengerusi Perhubungan terlebih dahulu agar tidak berbangkit keperluannya menghadiri mesyuarat MT UMNO?

Mukhriz sendiri pun barangkali lebih memahami ketidakperluannya hadir dalam mesyuarat MT jika jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah itu sudah dilucutkan daripadanya.
 
Surat pemberitahuan mengenai ketidakperluannya hadir itu hanya disampaikan setelah beliau memasuki bilik mesyuarat di Menara Dato' Onn, PWTC.

Bukankah lebih baik, bersekali dengan pengguguran Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan, Tengku Adnan Tengku Mansor juga perlu digugurkan sama sebagai Setiausaha Agung UMNO? (Shahbuddin Husin 30/01/2016).

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.