Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERLAJAK LARIS hanya TAJA KEDAH jika MUKHRIZ KEKAL MB?

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
TERLAJAK LARIS hanya TAJA KEDAH jika MUKHRIZ KEKAL MB?

KUALA LUMPUR: Kemelut politik yang melanda Kedah ketika ini membuatkan syarikat kosmetik D'Herbs terpaksa berfikir dua kali sebelum mengambil keputusan untuk menaja pasukan bola sepak Helang Merah dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M), musim ini. 

Pengasas syarikat kosmetik terbabit, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, berkata beliau sedikit 'tergugat' dengan perkembangan politik yang sedang berlaku di negeri itu. 

Beliau mengakui bimbang jika segala tawaran yang dijanjikan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kepadanya sebelum ini tidak dapat dilunaskan selepas bersetuju untuk memberikan penajaan kepada skuad Tan Cheng Hoe. 

"Sebelum ini, saya bertemu secara peribadi dengan Presiden KFA, yang juga Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, berhubung tawaran yang bakal diberikan kepada saya jika saya bersetuju menaja pasukan Kedah. 

"Jadi, saya risau jika berlakunya sebarang pertukaran dalam pentadbiran dan organisasi persatuan bola sepak negeri itu. 

Saya bimbang mereka tidak dapat menawarkan perkara yang sama kepada saya selepas persetujuan untuk penajaan sudah dicapai. 

"Apapun, saya tidak mahu mengulas panjang berhubung isu ini kerana ia membabitkan politik dan saya hanya menunggu kesudahan kemelut terbabit," katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Katanya, beliau akan membuat keputusan selanjutnya selepas kedudukan Mukhriz selaku Presiden KFA diputuskan dan akan mempertimbangkan semula keputusan sama ada mahu menaja pasukan Kedah atau tidak selepas itu. 

Sebelum ini, Aliff dilihat berminat dengan pasukan Kedah berikutan tertarik dengan tawaran 'Terlajak Hebat' yang diberikan Mukhriz jika beliau bersetuju untuk menjadi penaja utama pasukan terbabit. 

Malah, faktor kekuatan penyokong Kedah yang sering memenuhi Stadium Darul Aman tiap kali perlawanan berlangsung juga menjadi faktor yang dipertimbangkan usahawan berusia 29 tahun itu dalam membuat keputusan akhir bagi memberi penajaan. 

Selain Kedah, dua lagi pasukan yang berkemungkinan bakal menerima 'durian runtuh' hasil penajaan D'Herbs adalah Pahang dan FELDA United memandangkan kedua-dua pasukan ini berkait rapat dengan dirinya iaitu negeri dan tempat kelahirannya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.