CELAH GELEGAR
[VIDEO][SIAPA MENANG][BID'AH HASANAH] Ustaz Engku Ahmad Fadzil vs. Ustaz Dr Rozaimi
SIAPA YANG MENANG? DISKUSI ILMIAH 9HB JANUARI 2016 - PENILAIAN BID'AH HASANAH, ADAKAH SATU KESESATAN?
(1) Tajuk posting ini diletakkan mengambil kira sentimen yang dapat dirasakan berbahang dan membara pada sebahagian daripada posting2, komen2 dan reply2 kepada komen2 pasca Diskusi Ilmiah yang - AlhamdulilLaah - berjaya diadakan pada hari Sabtu 9hb Januari 2016 yang baru berlalu dengan kehadiran hadirin dan hadirat melimpahi Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam, menyamai atau barangkali menghampiri kehadiran para jemaah kita bersolat Jumaat. Tajuk memancing ☺
Kalau diajukan soalan ini kepada saya DISKUSI ILMIAH 9HB JANUARI 2016 DI MASJID AL-IKHLAS SEKSYEN 13 SHAH ALAM,,, SIAPA YANG MENANG?
Jawab saya, SEMUA pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam Diskusi Ilmiah tersebut MENANG. Semua menang??? Ya, saya katakan semuanya menang,,,,
Akan tetapi dengan SATU SYARAT PENTING yang saya akan sebutkan di hujung posting ini nanti insyaaAllah.
Siapa yang menang?
Kalau diajukan soalan ini kepada saya DISKUSI ILMIAH 9HB JANUARI 2016 DI MASJID AL-IKHLAS SEKSYEN 13 SHAH ALAM,,, SIAPA YANG MENANG?
Jawab saya, SEMUA pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam Diskusi Ilmiah tersebut MENANG. Semua menang??? Ya, saya katakan semuanya menang,,,,
Akan tetapi dengan SATU SYARAT PENTING yang saya akan sebutkan di hujung posting ini nanti insyaaAllah.
Siapa yang menang?
(2) PERTAMA, PIHAK-PIHAK PENGANJUR iaitu PEMUDA SUNNAH, PERSATUAN ISLAHIYYAH MALAYSIA (PERISMA) dan PUSAT KECEMERLANGAN HATIMURNI dengan kerjasama MASJID AL-IKHLAS SEKSYEN 13 SHAH ALAM yang berjaya merealisasikan program Diskusi Ilmiah ini. Mereka menang kerana kalau tidak julung-julung kalinya pun, sekurang2nya antara yang julung-julung kali dan jarang2 dapat dijayakan diskusi ilmiah terbuka sebegini, pada era internet, Facebook, Whatsapp dan Telegram ini dan mendapat sambutan luar jangkaan baik di tempat program diadakan mahupun di dunia maya.
(3) KEDUA, PARA PENDISKUSI.
Pendiskusi 1, iaitu saya sendiri menang, kerana melalui Diskusi Ilmiah ini, sekurang2nya saya diberikan peluang yang besar untuk bercakap dan menyampaikan maklumat2 dan kefahaman kepada audiens yang lebih luas termasuk audiens yang kemungkinan besar kalau tidak kerana Diskusi Ilmiah ini tidak sudi pun untuk terus duduk, apatah lagi mendengar apa yang saya sampaikan, mencapai audiens yang lebih luas juga melalui kemudahan Livestream, YouTube dsb. Moga2 ianya dinilai ikhlas kerana Allah dan diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh. Selain itu saya mendapat kawan2 baru atau kawan2 sedia ada yang menjadi semakin rapat dengan bantuan muzaakarah ilmu, buku2 rujukan, nasihat panduan yang diberikan serta - MaasyaaAllah TabaarakalLaah - perhatian dan nasihat2 khusus daripada guru2 dan Masyaaikh kami, moga2 saya layak diberikan perhatian sedemikian oleh mereka hafizhohumulLaah. Apatah lagi doa2 kebaikan yang dititipkan dari jauh dan dekat oleh saudara2 seagama yang ingin melihat kebaikan dan perpaduan ummat Islam merupakan kemenangan yang tidak ternilai bagi diri saya. Perkenalan dan perbincangan saya dengan "salafi2 tobat" (istilah yang terkadang mereka sendiri berikan kepada diri mereka sendiri sebagai orang-orang yang telah meninggalkan fahaman Wahhabi") atau "salafi2 murtad" (gelaran yang dilontarkan kepada mereka oleh rakan2 mereka yang masih bergelumang dengan fahaman Wahhabi) juga bagi saya satu kemenangan kerana saya dapat memahami dengan lebih baik daripada mulut orang yang terlibat sendiri kenapa mereka meninggalkan fahaman Wahhabi yang pernah mereka agung2kan dan perjuangkan dahulu. Saya hormati mereka kerana mereka sanggup menelan kepahitan dimaki cerca dan diboikot mantan rakan2 seWahhabi mereka dahulu demi menerima cahaya kebenaran dan menjalani jalan keselamatan dalam masa yang sama saya lebih dapat membayangkan cara berfikir seseorang yang telah dijangkiti virus Wahhabi kerana ianya dikongsikan sendiri oleh mereka yang pernah bergelumang dengan pola fikir yang sama suatu masa dahulu.
Pendiskusi 1, iaitu saya sendiri menang, kerana melalui Diskusi Ilmiah ini, sekurang2nya saya diberikan peluang yang besar untuk bercakap dan menyampaikan maklumat2 dan kefahaman kepada audiens yang lebih luas termasuk audiens yang kemungkinan besar kalau tidak kerana Diskusi Ilmiah ini tidak sudi pun untuk terus duduk, apatah lagi mendengar apa yang saya sampaikan, mencapai audiens yang lebih luas juga melalui kemudahan Livestream, YouTube dsb. Moga2 ianya dinilai ikhlas kerana Allah dan diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh. Selain itu saya mendapat kawan2 baru atau kawan2 sedia ada yang menjadi semakin rapat dengan bantuan muzaakarah ilmu, buku2 rujukan, nasihat panduan yang diberikan serta - MaasyaaAllah TabaarakalLaah - perhatian dan nasihat2 khusus daripada guru2 dan Masyaaikh kami, moga2 saya layak diberikan perhatian sedemikian oleh mereka hafizhohumulLaah. Apatah lagi doa2 kebaikan yang dititipkan dari jauh dan dekat oleh saudara2 seagama yang ingin melihat kebaikan dan perpaduan ummat Islam merupakan kemenangan yang tidak ternilai bagi diri saya. Perkenalan dan perbincangan saya dengan "salafi2 tobat" (istilah yang terkadang mereka sendiri berikan kepada diri mereka sendiri sebagai orang-orang yang telah meninggalkan fahaman Wahhabi") atau "salafi2 murtad" (gelaran yang dilontarkan kepada mereka oleh rakan2 mereka yang masih bergelumang dengan fahaman Wahhabi) juga bagi saya satu kemenangan kerana saya dapat memahami dengan lebih baik daripada mulut orang yang terlibat sendiri kenapa mereka meninggalkan fahaman Wahhabi yang pernah mereka agung2kan dan perjuangkan dahulu. Saya hormati mereka kerana mereka sanggup menelan kepahitan dimaki cerca dan diboikot mantan rakan2 seWahhabi mereka dahulu demi menerima cahaya kebenaran dan menjalani jalan keselamatan dalam masa yang sama saya lebih dapat membayangkan cara berfikir seseorang yang telah dijangkiti virus Wahhabi kerana ianya dikongsikan sendiri oleh mereka yang pernah bergelumang dengan pola fikir yang sama suatu masa dahulu.
(4) Pendiskusi 2, Dr Rozaimi Ramle (DRR) juga menang kerana melalui Diskusi Ilmiah ini beliau, seperti saya, mempunyai peluang dan kesempatan menyampaikan pandangan dan pendirian beliau kepada audiens yang lebih luas dan dari pelbagai manhaj dan pegangan. Bukan sekadar menyatakan pendirian, pandangan dan menyebut nama2 para ulama dan nama2 kitab yang beliau lihat menyokong pandangan dan pendirian beliau, malah DRR juga menang kerana beliau berpeluang (walaupun ini hakikatnya tidak termasuk di dalam tajuk diskusi dan saya sendiri kalau tidak kerana beliau sebutkan terlebih dahulu telah berazam tidak mahu menyebutnya supaya yang mengikuti diskusi tidak dikelabukan oleh label2 tertentu sebaliknya menumpukan perhatian dan kefahaman terhadap dalil2 dan hujjah2 yang diberikan semata-mata) mengaku bahawa beliau BUKAN Wahhabi kalau tak silap saya tidak kurang dari 3 kali. Ya, samada audiens yang mendengar percaya atau tidak dengan pengakuan beliau itu adalah hak mereka kerana lisan perbuatan itu sentiasa lebih fasih bertutur daripada lisan perkataan, namun mendapat peluang untuk membuat sesuatu pengakuan jelas bagi saya suatu bentuk kemenangan juga. DRR walaupun secara sorih, terang lagi bersuluh mengaku bahawa beliau BUKAN Wahhabi, namun beliau boleh dikatakan menang kerana beliau berjaya menerangkan sudut pandangan sebahagian golongan Wahhabi yang dilihat suka membid'ah dholaalah kan amalan2 seperti bacaan Yaasin malam Jumaat, Tahlil beramai-ramai, solawat selang2 taraawih dan lain-lain. Kalau selama ini ada ummat Islam bukan Wahhabi yang tidak faham sikap Wahhabi yang dianggap membenci amalan2 baik seperti membaca Al-Quran, berzikir dan berselawat beramai-ramai, DRR dianggap menang kerana berjaya membuka fikiran mereka bahawa sebenarnya golongan Wahhabi bukan membenci amalan2 soleh seperti membaca Al-Quran, berzikir dan berselawat tetapi mereka menyangkakan bahawa ummat Islam yang lain "mengkhususkan" amalan-amalan tersebut pada masa-masa tertentu dan dengan cara-cara tertentu yang mana "pengkhususan" ini pada tanggapan mereka tiada dalil, lalu ianya merupakan bid'ah dan oleh kerana bid'ah dalam perkara agama maka mengikut mereka adalah bid'ah dholaalah.
(5) Rupa2nya mereka tidak membenci amalan2 soleh, cuma pada sangkaan mereka amalan2 soleh ini dilakukan dengan cara yang bid'ah dholaalah. DRR juga menang kerana berani menegur sikap segolongan Wahhabi yang keras dan suka menggelarkan orang-orang yang tidak sependirian sebagai ahlil bid'ah dsb. DRR juga menang pada penilaian saya kerana secara tidak langsung beliau berjaya menghantar isyarat yang jelas kepada tokoh2 yang lebih senior daripada beliau dan yang sering berkokok nyaring di dalam gelanggang dan FB sendiri namun berdolak dalik apabila diajak berbincang dan berhujjah secara berdepan sehingga dengar2nya ada yang sampai disyaratkan perlu menjadi Syiah dan Ahbash dahulu sebelum berbincang dan berdebat 😨
, Dr Rozaimi berjaya menghantar isyarat yang jelas bahawa it's ok to meet and discuss face to face, tak perlu banyak spin, tak payah sampai nak berikan alasan dan syarat yang bukan2. Syabas DRR! Saya percaya banyak lagi aspek2 yang boleh difikirkan dan dianggap sebagai kemenangan DRR selaku pendiskusi 2, namun cukup lah setakat ini sebagai memberi gambaran kemenangan beliau.
(6) Siapa yang menang?
KETIGA, HADIRIN DAN HADIRAT DAN SEKELIAN UMMAT ISLAM yang prihatin mengikuti diskusi ilmiah ini. Mereka, khususnya kebanyakan ummat Islam di Malaysia yang sebahagian mereka sebelum ini kurang terdedah kepada Diskusi Ilmiah di mana kedua2 pihak yang mempunyai pandangan yang berbeza berpeluang menerangkan pendirian mereka dengan mengemukakan hujjah2 dan dalil2 mula terdedah kepada suasana yang terbuka sebegini. Mereka yang selama ini hanya membayangkan bahawa asalkan hadith sahaja maka terus boleh dipegang, mula memahami bahawa para ulama mengkaji sanad periwayatannya sebelum menerimanya, mula melihat bahawa status hadith yang berbeza menyebabkan perbezaan di dalam skop mana ianya boleh dijadikan sandaran atau sebaliknya, mula membuka mata bahawa di dalam pengkelasan hadith para ulama boleh berbeza pandangan, belum lagi perbezaan mereka di dalam memahami makna sesuatu hadith yang telah diterima itu. Mereka mungkin mula membuka mata bahawa tidak mahu mengikut ulama dengan alasan ulama tidak maksum (tidak terpelihara daripada dosa kesalahan) adalah alasan yang tidak relevan kerana ulama diikuti BUKAN kerana mereka maksum TETAPI kerana mereka pakar di dalam bidang hukum hakam agama. Meninggalkan fatwa2 para ulama muktabar dengan alasan berpegang kepada terus kepada Al-Quran dan As-Sunnah hakikatnya adalah meninggalkan pandangan pakar2 tentang Al-Quran dan As-Sunnah untuk berpegang kepada pandangan sendiri terhadap makna2 Al-Quran dan As-Sunnah dalam keadaan sama2 tidak maksum. Doktor2, mekanik2, pilot2 adalah insan2 yang juga tidak maksum TETAPI yang kita serahkan kepada mereka urusan2 di dalam bidang kepakaran mereka, BUKAN kerana mereka maksum TETAPI kerana mereka adalah pakar2 di dalam bidang kepakaran masing2, maka begitulah kita mengikuti para ulama BUKAN kerana mereka maksum TETAPI kerana mereka adalah pakar2 di dalam bidang hukum hakam agama.
(7) Mereka mula terperasan bahawa sumber2 hukum di dalam Islam walaupun pada asasnya adalah Al-Quran dan As-Sunnah, namun kedua2 sumber hukum asal ini bukan satu2nya sumber hukum di dalam Islam, malah ada di sana ijmak dan qiyas. Belum dicampurkan dengan sumber2 hukum tambahan yang ada perbezaan di kalangan ahli usul seperti istishaab, istihsaan, masoolih mursalah, sadd zarii'ah, 'urf, syar'u man qablanaa dan qaulus sohabiyy. Setiap satu daripadanya ada perbincangan yang luas dan mendalam. Sekadar memahami terjemahan ayat Al-Quran tidak memadai untuk mengeluarkan hukum daripadanya, kena tahu 'aam dan khasnya, mutlaq dan muqayyadnya, naasikh dan mansukhnya, ibaarah dan isyaarah, mantuuq dan mafhuum dan pelbagai cabang ilmu yang rata2nya terlepas daripada jangkauan kebanyakan daripada kita, lalu kita menyerahkan bidang ijtihad dan istinbath ini kepada ahli2nya iaitu para ulama yang telah memenuhi syarat2 ijtihad dan mampu melakukan istinbath. Begitu juga dengan As-Sunnah, ilmu riwayatnya apatah lagi diraayatnya memang terlepas daripada jangkauan kebanyakan daripada kita termasuk yang telah bergelar Ustaz dan Dr. Ijmak dan Qiyaas masing2 ada takrif, rukun dan syaratnya, bukan semberono dilanggar mahupun gelojoh dipakai.
(8) Sebut tentang Qiyas, suatu bentuk kemenangan buat hadirin dan hadirat dan yang mengikuti dari jauh apabila sebahagian daripada mereka mula perasan bahawa Qiyaas ini tidak semudah yang dibayangkan, selain rukun dan syaratnya, ada di di sana masaalikul 'illah, ada di sana peringkat takhriijul manaath dan ada tahqiiqul manaath (sudah ada pelajar pusat pengajian yang pm saya meminta penjelasan lanjut tentang makna kedua-duanya yang insyaaAllah saya akan cuba lakukan dalam masa yang terdekat dan dengan uslub yang termudah untuk difahami, bi iznilLaah). Ada yang mula perasan bahawa setiap cabang ilmu dan setiap mazhab ada istilah2 yang khusus yang membawa makna yang berbeza daripada perkataan tersebut apabila digunakan di dalam cabang ilmu atau mazhab yang lain, MAKA suatu kekeliruan kalaupun tidak dikatakan menipu untuk menggunakan nas2 fuqaha sesuatu mazhab tanpa meraikan makna2 yang mereka letakkan untuk sesuatu istilah, apatah lagi kalau sampai mengenepikan 'illah (asas hukum) kepada sesuatu hukum kerana hukum itu sendiri bakal berubah apabila ada perubahan pada 'illah. Suatu kemenangan apabila yang hadir dan yang mengikuti dapat merasakan mereka mendapat maklumat yang baharu atau kefahaman yang lebih baik terhadap maklumat2 sedia ada. Ringkasnya, suatu kemenangan apabila pihak-pihak yang terlibat masing-masing dapat merasakan kekerdilan diri dan peri pentingnya kita sama2 berusaha terus2an seikhlas dan dengan seupaya mungkin untuk memahami agama suci ini melalui pintu para ulama yang berkelayakan.
(9) NAMUN, segala kemenangan yang disebutkan dan dijangkakan ini bakal bertukar menjadi kegagalan yang serius sekiranya SATU SYARAT PENTING yang saya hint kan di atas tidak terpenuhi. Apa dia SATU SYARAT PENTING itu?
SATU SYARAT PENTING itu adalah NIAT YANG IKHLAS SEMATA-MATA UNTUK MENGETAHUI DAN MEMAHAMI KEBENARAN.
SETERUSNYA, kebenaran yang diketahui dan difahami ini diikuti dan diamalkan demi mendapat keredhaan Allah SWT dan KEREDHAAN ALLAH SWT ini lah merupakan KEMENANGAN YANG HAQIQI.
(10) SANGAT MEMBIMBANGKAN apabila perbincangan yang berlarutan di laman2 sosial, di FB, di Whatsapp, di Telegram, di YouTube masih lagi berkisar pada pertanyaan "siapa yang menang dan siapa yang kalah?" "Siapa yang lebih baik, siapa yang lebih mantap? Ustaz Engku atau Dr Rozaimi?" Ya, mungkin sejurus selepas Diskusi Ilmiah ini selesai, sekiranya persoalan2 ini singgah sejenak, berlegar dan hilang, masih boleh dimaafkan kerana Diskusi Ilmiah ini dirasakan seperti sebuah debat, lalu orang-orang yang mengikuti seolah2 ingin tahu jawapan kepada soalan2 tersebut.
(11) NAMUN, sekiranya ianya berlarutan dan malah menjadi lebih parah sehingga ke peringkat caci mencaci dan memaki hamun, maka walaupun dengan berat hati, saya terpaksa mengaku bahawa kita semua kalah. If that were the case, then we are ALL losers. Kalau memang Diskusi Ilmiah ini dilaksanakan untuk menang atau memenangkan maka kita semua kalah sebelum ianya bermula lagi.
(12) WE SORELY MISS THE POINT. Kita langsung terlepas pandang bahawa tujuan Diskusi Ilmiah ini adalah untuk menilai, memahami dan memutuskan tentang "bid'ah hasanah" adakah ia sebenarnya suatu kesesatan seperti yang didakwa lalu perlu dijauhi? Atau ia hakikatnya ia suatu kebaikan lalu perlu diteruskan? Atau perbezaan hanyalah pada memahami istilah, lalu kita bersepakat pada makna yang dimaksudkan dengan mengenepikan perbalahan hanya sekadar istilah yang berbeza atau memang ada khilaf dari segi kayu ukur lalu kita kenal pasti kayu ukur yang sebenar dan bertindak mengikut kayu ukur yang dikenalpasti atau kita hanya berbeza di dalam memakai kayu ukur yang sama atas sebab2 yang wajar, lalu kita berlapang dada dengan perbezaan penilaian di dalam memakai kayu ukur ini?
Saya masih simpan antara point2 yang ditulis oleh pelajar Universiti Madinah yang menjadi pencetus kepada Diskusi Ilmiah ini, Akh Danial Madani, antara lain beliau menggariskan:
Saya masih simpan antara point2 yang ditulis oleh pelajar Universiti Madinah yang menjadi pencetus kepada Diskusi Ilmiah ini, Akh Danial Madani, antara lain beliau menggariskan:
> Diskusi adalah bukan dalam bentuk perdebatan, tetapi lebih kepada perbincangan ilmiah dengan suasana yang terkawal
>Diharapkan diskusi ini dapat memberi penjelasan jelas dan memberi solusi yang tepat agar dapat mengurangkan perbalahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat
>Mencari kebenaran adalah fokus dan objektif diskusi ini dan bukannya mencari kemenangan
>Berlapang dada atas setiap hujah yang disampaikan dan bersedia menarik balik kesilapan yang berlaku
>Diharapkan diskusi ini dapat memberi penjelasan jelas dan memberi solusi yang tepat agar dapat mengurangkan perbalahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat
>Mencari kebenaran adalah fokus dan objektif diskusi ini dan bukannya mencari kemenangan
>Berlapang dada atas setiap hujah yang disampaikan dan bersedia menarik balik kesilapan yang berlaku
Moga-moga apa yang digariskan ini menjadi realiti di dunia nyata.
(13) Perdebatan siapa yang menang, siapa yang kalah tidak akan berkesudahan dan tidak membawa apa2 faedah, selain ianya suatu persoalan yang tidak sepatutnya menjadi tujuan sesuatu diskusi ilmiah. Yang menyokong pendirian saya akan terus2an mengatakan saya yang menang kerana A, B, C dan seterusnya dan yang menyokong pendirian Dr Rozaimi akan bermati2an mengatakan Dr Rozaimi yang menang kerana 1, 2, 3 dan seterusnya. Apakah faedahnya kepada ummat? Kalau nak decide siapa yang lebih baik, siapa yang lebih mantap antara saya dan Dr Rozaimi, mungkin lebih baik jangan berdiskusi dari awal kerana ia bukan suatu isu dan keputusannya sekadar jangkaan2 yang tidak pasti dan tidak membawa apa2 kemajuan kepada ummat yang dahagakan ilmu dan kefahaman. Malah, kalau saya dipaksa menjawab siapakah antara saya dan Dr Rozaimi yang lebih baik, maka jalan yang paling selamat adalah saya memilih mengatakan bahawa Dr Rozaimi adalah yang lebih baik kerana sekurang2nya masih ada harapan untuk saya tergolong di kalangan mereka yang bersangka baik kepada saudara seagama. Tetapi kalau saya memilih - na'uuzu bilLaahi min zaalik - mengatakan saya lebih baik daripada beliau, dah sah2 saya memilih jalannya Iblis
Ù‚َالَ Ø£َÙ†َا Ø®َÙŠْرٌ Ù…ِّÙ†ْÙ‡ُ Ø®َÙ„َÙ‚ْتَÙ†ِÙŠ Ù…ِÙ† Ù†َّارٍ ÙˆَØ®َÙ„َÙ‚ْتَÙ‡ُ Ù…ِÙ† Ø·ِينٍ
Iblis berkata: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."
(14) Apa maknanya segala puji2an dan keji2an ini? Yang cenderung kepada pendirian saya akan mengatakan Ustaz Engku lebih mantap, kupasan usul fiqhnya lebih jelas, cara berinteraksinya dengan dalil2 lebih kemas, bla bla bla. Yang cenderung kepada pendirian Dr Rozaimi pula akan mengatakan Dr Rozaimi lebih mantap, sandaran beliau terus kepada hadith2 sahih, petikan2 beliau lebih banyak menyebutkan nama-nama ulama, beliau juga cekap menyebut banyak nama2 kitab bla bla bla. Saya tidak sampai mempertikaikan keikhlasan setiap orang yang memuji, mungkin memang itu luahan apa yang sebenarnya ada di dalam isi hati sebahagian daripada mereka tetapi hakikat yang tidak dapat dinafikan sebagai manusia2 kerdil, kami masing2 mungkin ada beberapa kelebihan yang Allah SWT kurniakan dan banyak sekali kekurangan2 yang Allah SWT tutupi daripada pengetahuan manusia2 lain. Sekali lagi apa maknanya puji2an dan keji2an ini? Pujian melangit sekalipun tidak mampu membantu saya di hadapan Allah SWT sekiranya pada penilaian Allah SWT apa yang saya lakukan bukan merupakan amal soleh atau kontang dari keikhlasan. Kritikan2 pula sekiranya benar, maka saya perlu berterimakasih, AlhamdulilLaah, boleh membantu saya mengenalpasti kelemahan diri untuk diperbaiki ke arah yang lebih baik dan sekiranya palsu hanya semata-mata didorong kebencian terhadap orang yang berbeza pandangan, maka terimakasih, AlhamdulilLaah, dapat juga membantu menampung pahala2 saya yang sangat kurang dan mengimbangi dosa2 saya yang sangat banyak.
(15) Kita semua hakikatnya KALAH DAN GAGAL sekiranya setelah mengambil satu langkah ke hadapan menanggapi perbezaan pandangan melalui dialog secara berdepan dan terbuka akhirnya kita berpatah balik kepada fesyen lama, tembak menembak dari belakang, tuduh menuduh dsb. Kata omputeh "back to square one". Malah bukan setakat berpatah balik ke tempat asal, kelihatan seperti berundur ke belakang lagi daripada kotak permulaan. Kalau sebelum ini kita lihat ditimbulkan isu2 berkaitan perkara2 yang menjadi pertikaian di kalangan ummat seperti menjamu makan selepas kematian, sambutan mawlid, zikir jahar, zikir beramai-ramai dsb, SEKARANG ANEHNYA mula berlegar persoalan2 yang tidak menjadi khilaf pun?! Sampai ada yang menimbulkan isu mengada2kan solat Ahad?! Empat rakaat? Empat khutbah dan entah apa2 lagi yang merapu2 yang SEPAKAT sebenarnya (sekiranya dilakukan, sepanjang pengetahuan saya, belum tahu ada yang melakukannya) bahawa rekaan2 yang sedemikian merupakan bid'ah yang sayyiah dan dholaalah kerana mengada2kan ibadah mahdhoh yang terikat dengan masa, tempat dan kaifiat TANPA ADA DALIL, sama seperti perlakuan Amina Wadud seorang wanita yang menjadi imam solat kepada kaum lelaki, sama seperti perlakuan golongan bathiniah yang "solat, puasa" dan lain2 dengan sekadar niat sahaja, sama seperti yang menunaikan haji bukan pada bulan haji yang ditetapkan atas alasan mengelakkan kesesakan, sama seperti golongan Syiah yang meletakkan "batu Karbala" untuk sujud di atasnya ATAU ibadah yang tidak terikat dengan masa, waktu, tempat dan bilangan, maka sama seperti golongan apa yang saya kurang pasti siapa mereka yang melagukan bacaan Al-Quran dengan lagu opera ATAU kalau hendak diluaskan kepada bid'ah2 yang tidak menyangkut urusan ibadah secara khusus (dan Islam datang bukan untuk meletakkan hukum hakam kepada urusan ibadah semata-mata, malah untuk segala perbuatan orang2 mukallaf, dunia atau ibadah), maka sama seperti perlakuan golongan Syiah yang memukul2 badan mereka sehingga berdarah2 ketika menyambut hari 'Asyura, sama seperti golongan IS yang menghalalkan darah umat Islam yang tidak mahu bersama fahaman ekstrem mereka, sama seperti perbuatan IS memecah dan mengorek kubur2 orang Islam tanpa sebarang mubarrir syarie kecuali suuz zhonn mereka bahawa ummat Islam menyembah kubur2 tersebut, sama seperti golongan liberal yang melangsungkan "aqad nikah" sesama jenis dan lain-lain bid'ah yang tercela di dalam agama, baik ianya menyangkut urusan2 ibadah mahupun urusan2 lain.
(16) Nampaknya, pasca diskusi ilmiah ini, ada sebahagian ummat yang sampai mengundur ke belakang sehingga gagal membezakan mahall ittifaaq (titik persetujuan) dan mahall ikhtilaaf (tempat perbezaan) sehinggakan yang ittifaaq (consensus) pula sibuk dipersoalkan dan yang ikhtilaaf (disagreement) pula tidak mahu diraikan sedangkan di tempat yang ada khilaf, beza antara satu pandangan dan pandangan yang satu lagi hanyalah beza antara yang raajih dan marjuuh dan bukannya antara yang haq dan bathil.
(17) Yang namanya Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali ini is a mere mortal, dipuji atau dikeji, selepas bilangan2 hari yang berbaki daripada umurnya, beliau akan meninggalkan dunia yang fanaa' ini dan di dalam tempoh yang singkat beliau akan dilupakan نسيا منسيا
(18) TETAPI yang namanya hukum hakam agama dan kefahaman agama yang betul mengikut Manhaj Nabawi atas kefahaman Salaful Ummah dan ulama2 pewaris Nabi iaitu para ulama yang menjadi pembimbing dan cahaya ummat di dalam memahami nas2 Quraani dan Nabawi kekal sehingga hari kiamat insyaaAllah, lalu wajib dipertahankan daripada serangan2 kejahilan dan benih2 kekeliruan. Oleh itu, saya lihat lebih bermanfaat kepada diri dan ummat untuk kita fokus kepada memahami isu yang diperbincangkan, misalnya isu bid'ah hasanah di sisi para ulama, apa takrif, apa dhowaabith, apa dalil, apa syubhatud daliil, apa jawab kepada Syubuhaat dan lain-lain perbincangan yang menambahkan kefahaman kepada ummat. AlhamdulilLaah, saya lihat sudah mula ada sahabat2 yang fokus kepada menjawab isu2 yang dibangkitkan di dalam Diskusi Ilmiah yang lalu secara ilmiah dengan membawakan kupasan dan pegangan ulama2 ikutan ummat. Kepada mereka, saya ucapkan TAHNIAH dan JAZAAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIIRA atas usaha2 baik antum, ma'juuriin insyaaAllah. Cuma, mungkin kita boleh melangkah selangkah lagi ke hadapan dengan benar2 fokus kepada isu sahaja instead of mengaitkannya kepada individu2 tertentu. Contohnya instead of mengatakan "Ustaz Fulan, Dr Fulan, Syeikh Fulan mengatakan begini begini dan pendirian beliau salah kerana Imam ini dan Imam itu telah menerangkan..." kita katakan "sekiranya dikatakan begini, begini, maka jawab kami begini begini kerana Imam ini dan imam itu telah menerangkan..." moga2 uslub sebegini أقرب للقبول lebih mudah diterima dan melapangkan dada kecuali ada hajat dan maslahah menyebut nama atau kumpulan orang yang mengeluarkan sesuatu pandangan atau berpegang dengan suatu pegangan, baru lah disebut. Wallaahu a'lam. Daripada kita memaki hamun, memperlekehkan dan mengherdik pendiskusi2 yang telah berusaha semampu mereka memahami isu2 yang diperbincangkan dan telah mencuba menyampaikan sebaik mungkin apa yang mereka fahami, alangkah elok kita tadahkan tangan berdoa memohon seikhlas hati kepada Allah SWT agar memberikan hidaayah dan tawfeeq, ikhlas dan istiqamah kepada diri kita sendiri dan kepada kedua2 pendiskusi, moga2 Allah SWT jadikan kedua2 pendiskusi asbab hidaayah dan istiqamah kepada ummat dan masyarakat pula.
(19) Saya percaya hadirin dan yang mengikuti dari jauh yang tidak menyimpan perasaan benci kepada diri peribadi para pendiskusi, sekadar mempunyai pendirian yang berbeza sahaja tidak akan terlepas pandang bahawa Dr Rozaimi Ramle merupakan tokoh muda yang berbakat besar, dengan kecerdasan, hafalan, ilmu dan maklumat di dada serta keyakinan diri serta gaya penyampaiannya, lalu sekiranya disirami dengan air keikhlasan dan dibajai dengan baja tawaadhu insyaaAllah akan kembang mekar menjadi aset dan punca ilmu dan kefahaman kepada sekalian ummat, bukan sekadar "dianggap aset" oleh segelintir kecil ummat. Doa2 kebaikan kita semua lah yang insyaaAllah bakal membuahkan perubahan2 yang positif.
(20) Elok saya yang mencadangkan memulakan dahulu. InsyaaAllah saya akan buatkan blog untuk berkongsi ilmu dan maklumat menyangkut pertamanya hukum hakam dan hal2 agama, mungkin sedikit sebanyak isu2 undang-undang dan isu-isu semasa. Sementara blog itu menjadi realiti, biar saya mulakan dengan page yang baru saya create. Yang berminat untuk mencari maklumat, kefahaman dan insyaaAllah kebenaran dialu2kan untuk like page tersebut. Yang berminat untuk mencari kesalahan, perdebatan dan "kemenangan", saya juga tidak boleh menghalang anda untuk turut like, siapa tahu ianya boleh menjadi asbaab hidaayah dan saya boleh mengenalpasti kelemahan diri kerana orang-orang yang membenci lebih cepat dapat mengesan kelemahan kita berbanding orang-orang yang menyukai. Apa2 kebaikan, sekiranya ada, di dalam perkongsian2 saya nanti please feel free untuk disebar luaskan dan apa2 kekurangan dan kesilapan, mohon ditegur dan dinasihati dengan baik, moga2 lebih mudah ditelan dan dihadam. InsyaaAllah topik pertama yang bakal saya sentuh di dalam page itu nanti adalah berkaitan memahami takhriijul manaath dan tahqiiqul manaath, mohon doa2 kebaikan kalian, wa bilLaahit tawfeeq wal hidaayah.
(21) Bagi yang berminat, boleh like:
https://www.facebook.com/engkuahmadfadzilTOP/…
https://www.facebook.com/engkuahmadfadzilTOP/…
Al-Faqiir juga mulai Jumaat lepas 8hb Januari 2016 insyaaAllah akan live pada setiap Jumaat 10 - 11 pagi di dalam slot Tarbiah di IKIM.fm
yang mana rakamannya boleh juga diikuti di www.tvikim.my
Mohon doa restu daripada ikhwah semua moga2 Allah SWT berkati apa yang disampaikan dan kurniakan ikhlas dan istiqamah kepada Al-Faqir yang menyampaikan dan orang-orang yang mendengar apa yang disampaikan. Aameen Yaa Rabbal 'Aalamiin.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.