Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(AMARAN UNTUK UMNO) Rafidah: Setia pada parti, negara bukan individu

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
(AMARAN UNTUK UMNO) Rafidah: Setia pada parti, negara bukan individu

SHAH ALAM – Kesetiaan seharusnya ditujukan kepada negara dan parti, bukan individu, demikian ujar bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz.
Ujar beliau lagi, beliau seorang ahli Umno yang komited dan tidak akan berhenti mengkritik sesiapa sahaja yang membuatkan orang mencurigai parti, tanpa mengira kedudukan mereka.
"Tiada sesiapa perlu meminta 'sokongan' untuk pemimpin sebagai individu... Minta orang ramai menyokong parti.
Parti dan negara tidak sepatutnya menjadi mangsa apa jua tindakan mereka yang berada dalam kedudukan sebagai pemimpin... Tak kira tahap mana sekali pun," katanya menerusi laman Facebooknya, malam tadi.
Beliau berkata demikian selepas Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil membidas beliau kerana dikatakan kurang menghormati kepimpinan parti.
Menurut Rafidah lagi, pemimpin negara ini sepatutnya berhati-hati kerana dunia kini sedang memerhati dan membuat kesimpulan mereka sendiri.
“Kita semua kena tanggung akibat buruk daripada semua isu itu... sebab itu saya suarakan apa yang ada dalam fikiran saya.
"Saya sayangkan Umno, saya sayang Malaysia. Saya sentiasa berdoa agar Yang Maha Kuasa menyelamatkan negara ini dan menjadikan ia kekal utuh untuk generasi akan datang," katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.