Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BEKAS AHLI KEBAS DUIT TABUNG???

SEMUT HITAM
BEKAS AHLI KEBAS DUIT TABUNG???
Aduhai!!! Memang tak boleh diharap lansung. Penat - penat orang kumpul duit dalam tin milo, suka - suka hati dia je nak rembat. Memang patut sangat la dia ambik tindakan keluar dari PAS.

Mujur jugak la. Kalau tidak, harus dah kena kerat tangan tu sebab mencuri punya pasal. Dah la Presiden takde duit nak bayar saman kerana menabur fitnah. Anak bah pulak kuat mencuri.

Itu ahli diperingkat bawahan. Yang diperingkat atasan tu lagi kuat mencuri. Tapi diorang mencuri dengan menggunakan sistem. Tu yang biasa kita dengar cerita Rejim Pakatan Selangor dok buat.

Mula - mula rembat duit dengan projek membaik-pulih pintu gerbang. Lepas tu, rembat pulak tender balak yang dibuat tanpa sebarang tender. Kemudian cerita pasal kubah masjid pulak.

Tu cara orang mencuri alaf baru. Semua main ikut sistem. Takde la orang boleh pertikai. Bila ada yang pertikai, diorang kata itu semua fitnah. Bila disuruh ambik tindakan, semuanya kecut buah kerandut belaka!!! Takut dengan bayang - bayang sendiri!!!
SUBANG JAYA - Pas Kelana Jaya membuat satu laporan polis terhadap bekas anggotanya berikutan kehilangan sejumlah wang daripada tabung simpanan parti itu.

Yang Dipertua Pas Kelana Jaya, Mohd Ghazali Daud berkata, mereka menyedari kehilangan wang berjumlah RM80,000 tersebut pada bulan Ogos lalu selepas penstrukturan semula Pas kawasan.

Menurutnya kehilangan berlaku apabila terdapat pengeluaran wang tanpa kebenaran dilakukan.

"Duit itu adalah wang tabung simpanan parti dan ia tidak boleh bertindak secara sesuka hati," katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Subang Jaya, hari ini.

Mohd Ghazali yang enggan mendedahkan identiti individu terbabit turut memaklumkan bahawa pimpinan Pas juga sebelum ini telah memanjangkan tuntutan sebanyak empat kali secara peribadi.

"Tetapi tiada sebarang respon dan maklum balas diterima daripada individu terbabit berhubung isu kehilangan wang tersebut.

"Saya tidak pasti sama ada wujud unsur pecah amanah atau tidak namun kita serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini," katanya.


Ghazali berkata, Pas Kelana Jaya hanya mahukan agar wang berkenaan dapat dikembalikan semula bagi memudahkan segala perancangan parti selepas ini.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.