Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bola Sepak Kedah JADI KORBAN, Tanpa Mukhriz, Penaja LARI

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Bola Sepak Kedah JADI KORBAN, Tanpa Mukhriz, Penaja LARI

Mungkinkah bola sepak Kedah menjadi 'korban' pertama kesan pertukaran jawatan menteri besar negeri itu?
Mungkin, sebab ketika ini syarikat pengeluar barangan kosmetik D'Herbs Holding Sdn Bhd dikatakan sudah hilang minat untuk menaja pasukan Helang Merah ekoran penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Menurut sumber, selepas perbincangan D'Herbs dengan Mukhriz sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebelum ini mereka membuat keputusan untuk menarik diri.
"Keputusan menarik diri daripada menaja pasukan Kedah dibuat selepas Mukhriz bukan lagi presiden KFA. Jadi mereka mungkin hilang keyakinan untuk teruskan penajaan itu," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Januari lalu, Pengarah Urusan D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengadakan pertemuan dengan Mukhriz bagi membincangkan mengenai penajaan skuad Helang Merah.
Namun, perbincangan lanjut gagal berlangsung apabila Mukhriz terbabit dalam krisis kepimpinan negeri sehingga mengambil keputusan meletak jawatan menteri besar dan jawatan lain termasuk presiden KFA.
Menteri besar baru Kedah ialah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Tambah sumber tersebut, selain D'Herbs satu lagi syarikat yang ingin menaja bas rasmi pasukan turut dikatakan menarik diri daripada hasrat mereka.
"Lepas satu, satu penaja yang menarik balik hasrat mereka. Tak tahulah apa pula selepas ini," katanya yang juga penyokong tegar pasukan Kedah.
Sementara itu, Aliff Syukri ketika dihubungi kini berada di luar negara dan masih sibuk untuk mengulas lanjut berhubung perkara itu.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.