Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(DEMOCRAZY) Kementerian Pendidikan siasat sekolah, persatuan belia jemput Muhyiddin

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
(DEMOCRAZY) Kementerian Pendidikan siasat sekolah, persatuan belia jemput Muhyiddin

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kementerian akan menyiasat sekolah dan persatuan yang menjemput bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri acara mereka di Subang Jaya pada hujung minggu lalu.

Mahdzir berkata, siasatan itu dimulakan susulan kenyataan Muhyiddin pada majlis itu yang mendakwa beliau dihalang daripada berucap.

"Kementerian Pendidikan akan membuat semakan tentang Majlis Bola Sepak Liga Belia anjuran komuniti dan NGO yang menggunakan premis sekolah, tetapi mengatakan sekolah memberi arahan tidak boleh menyampaikan ucapan.

"Siasatan juga meliputi pihak sekolah dan penganjur," kata Mahdzir menerusi akaun Facebooknya.

Muhyiddin pada Ahad lalu menerusi akaun Facebook menulis mengenai halangan berucap yang dikenakan terhadapnya pada majlis tersebut.

"Saya diundang Kelab Sukan Komuniti Subang Jaya untuk melancarkan Liga Bolasepak Belia Komuniti Subang Jaya di SMK USJ 4 petang tadi.

"Malangnya, saya diberitahu sekolah menerima arahan pihak tertentu untuk mengarahkan penganjur supaya tidak membenarkan saya berucap.

"Tidak mengapalah. Saya menjangkakan perkara ini akan berlaku. Walaupun tidak berucap, saya sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum pulang," katanya. – 2 Februari, 2016.  TMI

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.