Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FILEM UNTUK ALLAHYARHAM NIK AZIZ???

SEMUT HITAM
FILEM UNTUK ALLAHYARHAM NIK AZIZ???
Kenangan MB Pahang bersama Allahyarham Nik Aziz
Pada satu sudut, memang kita sokong sangat usaha untuk menghasilkan Filem khas buat Allahyarham Nik Aziz ni. Memang tak dinafikan, banyak jasa yang telah diberikan selama beliau hidup.

Dengar katanya, ada pengarah yang sanggup untuk merealisasikan filem tersebut. Tapi, bukan dalam masa terdekat ni la. Nak buat filem tu perlu memakan masa yang agak lama juga.

Pengarah terkenal tanah air, Aziz M Osman itu juga yakin mampu hasilkan filem yang mengisahkan perjalanan hidup Allahyarham Bekas Menteri Besar Kelantan itu suatu hari nanti.

Walau bagaimanapun katanya, impian tersebut hanya akan dapat direalisasikan sekiranya masyarakat majmuk di Negara ini mampu untuk bersatu dari segi hati dan pemikiran mereka.
"Kenapa tidak? Ia tidak mustahil dapat dilakukan. Dan kalau saya mahu buat filem tentang Allahyarham, saya mahu ceritakan bagaimana Allahyarham mendidik kita semua dalam soal hudud."Meskipun negara kita tidak mengamalkan hudud, tetapi Allahyarham sudahpun mengamalkan hudud secara psikologi," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Mengenang Murobbi Ummah, di Myharakah Bazaar, di sini, hari ini.
Kiranya, memang benar apa yang dikatakan oleh Aziz M Osman tu. Masyarakat hari ini perlu bersikap terbuka dan bukannya JUMUD dengan pemikiran yang direncanakan oleh DAPigs.

Dan jika kita lihat dari satu sudut, memang tak salah sekiranya perjalanan hidup Allahyarham Nik Aziz tu dijadikan dalam bentuk filem untuk tontonan generasi dimasa hadapan.

Bak kata sesetengah orang, perjalanan hidup seseorang itu adalah pengalaman dan pengajaran buat kita. Terutama yang masih hidup. Jadi, tak salah kalau nak buat filem mengenainya.

Cuma terfikir jugak dalam benak fikiran ni. Takde ke orang yang sudi buat filem untuk Si Ketua Penipu tu? Kalau ada yang berhajat nak buat, kena letak rating 18 PG la jawabnya sebab ada adegan 18 SX yang tak boleh ditonton oleh budak sekolah!!! Hehehe!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.