Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FOZIAH MEROYAN TAK DAPAT HADIR MESYUARAT!!!

SEMUT HITAM
FOZIAH MEROYAN TAK DAPAT HADIR MESYUARAT!!!
Alahai!!! Kesian pulak tengok Si Foziah ni. Kenapa la Kerajaan zalim sangat tak bagi dia turut hadir dalam mesyuarat tu? Takut sangat ke Kerajaan nak bagi Si Foziah ni datang dengar taklimat?

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Si Foziah tu mendakwa kononnya dia dimaklumkan bahawa pihak Kerajaan Negeri halang dia dari turut hadir dalam mesyuarat tu hari ini.

Walaupun sebelum ini Menteri dah jemput dia serta ADUN Pakatan yang berkaitan, tapi Si Foziah ni kata ada orang maklum pada dia kononnya pihak Kerajaan Negeri tak bagi dia datang.

Nampak sangat la Si Foziah tu cuba nak mengelirukan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan tersebut. Kalau betul Kerajaan Negeri halang dia, kenapa baru hari ni diorang nak buat?

Kenapa sewaktu sesi demonstrasi penggunaan Adherex 120 tu dia boleh datang? Kenapa masa dia nak hantar memorandum kepada MB Pahang tempoh hari, dia boleh selamba je datang?

Sebaliknya, masa sesi demonstrasi tu siap ada taklimat terbuka lagi. Tapi Si Foziah tu pulak yang awal - awal dah cabut lari. Lepas tu, dok buat dakwaan yang bukan - bukan dalam laman media sosial.

Yang paling herannya, sejak bila pulak Si Foziah tu pandai 'Tunggu Jemputan' baru dia nak datang? Bukan ke selama hari ini dia suka datang main redah je dengan alasan nak menjaga kepentingan rakyat (kononnya)?

Sejak bila pulak Si Foziah tu berubah jadi 'Baik' dan 'Alim' menunggu jemputan sedangkan sebelum ni boleh pulak dia suka - suka hati je datang ke majlis orang tanpa dijemput terlebih dahulu?

Dan hari ni pun takde bezanya. Dari laporan yang diterima, mesyuarat yang sepatutnya bermula jam 10 pagi tadi telah ditangguhkan selama setengah jam sebab nak menunggu dia datang.

Tapi dah setengah jam tunggu, jangan kata batang hidung, bayang - bayang Si Foziah tu pun tak nampak. Pun lagi dia nak kata yang dia dimaklumkan kononnya Kerajaan Negeri halang dia?

Itu membuktikan Si Foziah tu yang TAKUT. Kalau dia datang sekali pun, bukannya dia memberikan sebarang manfaat pun. Kalau setakat datang hanya semata - mata sebab nak putar belit isu dalam laman media sosial untuk mengelirukan rakyat, baik tak payah!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.