Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"GANTUNG" JADI TOPIK MENARIK DIKALANGAN NETIZEN!!!

SEMUT HITAM
"GANTUNG" JADI TOPIK MENARIK DIKALANGAN NETIZEN!!!
Hehehe!!! Masih terngiang - ngiang lagi ditepi telinga bila beberapa orang rakan sedang rancak berborak disebuah kedai Mamak. Mengalahkan Penganalisis Politik belaka diorang ni.

Kalau kita tutup mata dan dengar apa yang diorang cakap, mungkin ianya boleh jadi bahan tesis untuk mereka yang sedang dalam pengajian Sosio Politik. Gerenti boleh dapat markah tinggi.

Isu yang paling hangat dibualkan ialah berkisar mengenai 'Gantung'. Mungkin mereka merujuk kepada kes Timbalan Presiden UMNO yang telah digantung dari jawatannya semalam.

Tapi, dalam kelekaan mereka berbual mengenai tindakan yang telah diumumkan oleh kepimpinan UMNO semalam, ada jugak yang mencelah dan buat rakan - rakan lain yang terkedu.

Katanya mudah, sekiranya kita bersetuju bahawa tindakan menggantung keahlian Muhyiddin itu dianggap sebagai 'cuba untuk menutup mulut', macam mana pulak dengan PKR sendiri?
"Adakah tindakan PKR yang sebelum ini menggantung keahlian beberapa orang pemimpin parti juga satu cubaan untuk menutup mulut mereka yang mendedahkan kepincangan parti?" soalnya.
Kalau difikirkan dari segi logik, memang betul apa yang diperkatakan oleh rakan tu. PKR ingat diorang "Maksum" dan "Suci" sangat ke sehingga boleh mempertikaikan tindakan orang lain?

Jika mereka rasa tindakan Tan Sri yang selama ini dianggap betul dalam menyuarakan pendapat terhadap pucuk pimpinan parti menjadi punca utama penggantungan itu, macam mana pulak dengan Chagubard?

Adakah tindakan PKR menggantung keahlian pengasas Solidariti Anak Muda Malas (SAMM) itu membuktikan bahawa dia juga bercakap benar maka sebab itu dia dikenakan tindakan?

Atau, adakah keputusan serta tingkah laku yang telah dibuat oleh Khalid Ibrahim yang enggan menuruti kehendak parti sebelum ini, lalu dipecat keahliannya sebagai Ahli PKR itu juga betul?

Jika alasannya Tan Sri dipecat kerana cuba menegakkan Kebenaran, bagaimana pula dengan dua orang pemimpin PKR tu? Adakah nasib yang menimpa mereka sama seperti Tan Sri?

Pokok pangkalnya, hujah dari rakan itu membuktikan bahawa PKR ni takde la se'Baik' mana sangat pun. Setakat pandai nak mempertikaikan orang je, tapi parti sendiri pun huru hara, tak guna jugak!!! Itu namanya Tak Sedar Diri!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.