Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[HARGA MINYAK, ALASAN NAIK TAMBANG] Harga Minyak Turun, Tambang Tak boleh Turun GANGGU Pengiraan Kos Operasi kata SPAD

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[HARGA MINYAK, ALASAN NAIK TAMBANG] Harga Minyak Turun, Tambang Tak boleh Turun GANGGU Pengiraan Kos Operasi kata SPAD

KUALA LUMPUR: Harga tambang pengangkutan awam tidak boleh diselaraskan sejajar penurunan harga minyak.

Jelas Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar, harga minyak yang sering turun naik akan menyebabkan ketidaktentuan yang seterusnya mengganggu perkiraan kos operasi.

"Perkhidmatan pengangkutan awam ini tidak boleh ikut turun naik harga pasaran (minyak); kita tak boleh jangka perkara ini. Kalau kita selalu ubah, ia akan menyebabkan uncertainty (ketidaktentuan).

"Kemudian, ada kos-kos lain yang perlu ditampung; saya fikir soal ini tidak berbangkit," jelasnya ketika ditemui dalam majlis pengumuman Sejuta Penumpang Dalam Sehari oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di KL Sentral pada Khamis.

Menurut Syed Hamid, walaupun harga tambang pengangkutan awam meningkat, beliau tidak melihat ia menjejaskan kadar penumpang yang menggunakan perkhidmatan itu.

Malah ia semakin bertambah dengan pelbagai promosi yang diperkenalkan bagi membantu golongan tertentu menikmati perkhidmatan yang disediakan.

"Ada sistem diskaun untuk Orang Kelainan Upaya (OKU), pelajar. Walaupun ada pengubahsuaian harga tambang, peruntukan sekitar 33 peratus kos operasi iaitu RM250 juta setahun diberi kerajaan dalam memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada pengguna," katanya.

Mengenai pencapaian Prasarana, Syed Hamid memuji perkembangan memberangsangkan syarikat tersebut.

"Pada pendapat saya, Prasarana telah membawa keuntungan besar dan ia disalurkan kembali kepada rakyat menerusi pembangunan perkhidmatannya. Kita SPAD juga gembira kerana mencapai 20 peratus perkongsian saham dalam sektor pengangkutan awam," jelas Syed Hamid.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata Prasarana mensasarkan jumlah penumpang dalam sehari mempu mencecah 1.5 juta menjelang pertengahan 2017.

"Tahun ini yang kita rancang dan sedang dalam pembinaan adalah lanjutan untuk jajaran Ampang dan Kelana Jaya yang melibatkan pertambahan tujuh stesen, set tren baharu untuk kedua-dua jajaran tersebut dan juga Monorel, selain suasana tren yang lebih baik.

"Wajah stesen akan ditambah baik untuk menjadi bukan setakat tempat transit, malah tempat yang membolehkan orang ramai menjalankan aktiviti sosial mereka," ujarnya.

Selain itu, kata Azmi, permulaan operasi fasa pertama jajaran satu Mass Rapid Transit (MRT) yang dijangka awal tahun depan juga diharap dapat membantu mencapai sasaran tersebut.

Ketika ini, perkhidmatan rel menyumbang bilangan penumpang paling banyak dengan 265,000 pengguna dicatat menggunakan LRT jajaran Kelana Jaya, jajaran Ampang dengan 195,000 penumpang, sementara Monorel mencatat 72,000 penumpang dalam masa sehari.

Untuk pengangkutan jalan raya, bas RapidKL merangkumi kawasan Lembah Kelang, Selangor merangkumi Bus Rapid Transit (BRT) laluan Sunway yang baharu, serta RapidKuantan dan RapidPenang mencatat 464,800 penumpang sehari.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.