Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[KAMI RAYU TAN SRI, JANGAN LIBATKAN PEMBANGKANG] AMANAH ajak Muhyiddin masuk parti

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[KAMI RAYU TAN SRI, JANGAN LIBATKAN PEMBANGKANG] AMANAH ajak Muhyiddin masuk parti
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) mengajak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai parti itu untuk melakukan perubahan kepada rakyat.

Ajakan itu dibuat selepas PKR termasuk PKR Johor menyeru Muhyiddin menyertai gerakan ‘reformasi’ untuk melawan pemerintah yang tidak adil.

Sinar Harian Online melaporkan bahawa, Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan sebagai berkata, sekiranya seluruh ahli UMNO Johor keluar parti dan menyertai mereka, ia membuktikan penyatuan anak-anak Johor dalam bersama melakukan gelombang perubahan negara.

“Dua sosok anak Johor, (bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dan Muhyiddin) ini menggambarkan betapa bangsa Johor dilihat gah dalam kepimpinan negara. Kedua-duanya merupakan pemimpin yang berprinsip.

“Saya selaku pengerusi dengan semangat #BangsaJohor yang tertanam hebat dalam diri setiap rakyat Johor, dengan ini mengajak seluruh rakyat Johor tidak kira dari parti mana dan kaum apa untuk sama-sama buktikan, bangsa Johor bakal mengetuai gelombang perubahan rakyat!” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, Muhyiddin bersama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin perlu berjuang untuk membebaskan negara daripada segala permasalahan dan skandal.

“Bersamalah dengan AMANAH sekali gus bergabung padu dengan Pakatan Harapan. Kita bersatu demi keadilan dan kemajuan bangsa Johor dan Malaysia,” katanya lagi. - FMT

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.