CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[KDN BAWA MASUK 1.5 JUTA BANGLA] Rani Kulup bakal buat LAPORAN POLIS
Abdul Rani Kulup Abdullah bakal 'beraksi' lagi. Kali ini beliau akan membuat laporan polis mengenai kementerian yang mentadbir pasukan keselamatan itu sendiri - Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Laporan itu, kata Abdul Rani, berhubung langkah KDN mahu membawa masuk 1.5 juta warga Bangaldesh ke negara ini.
Abdul Rani yang juga terkenal dengan jolokan sebagai Raja Repot mendakwa kemasukan itu boleh mengancam keselamatan negara.
“Kalau dalam kelompok yang ramai, mereka akan sebarkan fahaman mereka, gempur rakyat negara kita ala samseng,” katanya kepada pemberita di Kota Damansara hari ini.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa ke Malaysia secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan pelbagai sektor.
Perkembangan tersebut diikuti kelulusan kerajaan Bangladesh terhadap draf perjanjian persefahaman (MoU) berhubung penghantaran rakyatnya untuk bekerja di Malaysia.
Kata Abdul Rani laporan polis itu akan dibuat pada minggu depan.
“Dulu mereka jarang-jarang kita nampak di mana-mana ceruk, taman, termasuk hutan," katanya.
Abdul Rani juga mendakwa kemasukan warga asing itu mungkin "akan digunakan dalam pilihan raya umum akan datang".
"Warga asing ini pandai. Dia berkahwin dengan warga tempatan, gadis-gadis Melayu suka dengan Bangladesh.
"Mereka akan cuba berkahwin dengan orang Malaysia. Dapatlah hak warganegara," katanya yang juga Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM).
Abdul Rani yang lebih mesra dipanggil sebagai "Ayah" berkata kerajaan dilihat seperti memandang rendah terhadap kebolehan rakyat dalam melakukan kerja-kerja seperti apa yang dilakukan oleh warga asing.
“Kerajaan seperti memandang rendah kepada rakyat negara kita. Bukan rakyat kita tak boleh kerja. Tapi kerajaan kita tak encourage (galakkan) rakyat kita bekerja swasta. Bagi semua pada pekerja asing,” katanya. -MK
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.