Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KECEWA DENGAN NAFSU BUAS KAWAN SENDIRI!!!

SEMUT HITAM
KECEWA DENGAN NAFSU BUAS KAWAN SENDIRI!!!
La!!! Baru diorang sedar ke yang puak - puak PKR ni mempunyai Nafus yang cukup besar? Tengok perangai Si Ketua Penipu tu pun sudah la. Tak cukup depan, belakang pun dia balun juga!!!

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak menyelar sikap kesombongan PKR dalam membolot agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Publisiti DAPSY Petra Jaya hari ini memberi gambaran PKR hanya pentingkan diri sendiri tanpa merujuk kepada rakan komponennya yang lain.
“PKR adalah sama sekali mementingkan diri sendiri dan hanya mementingkan kerja mereka sendiri sahaja. Jika kejayaan mereka begitu muram, minta tolong dengan rakan kongsi anda dalam DAP untuk mengatasi kelemahan anda,” katanya dalam satu kenyataan.
PKR secara bersendiri telah mengumumkan calon yang begitu banyak, tanpa sebarang perbincangan dengan Pakatan Harapan, kritik Aziz, sambil menambah PKR juga enggan melepaskan mana-mana kerusi di Sarawak, ‘walaupun tewas’ pada PRN 2011.
“(Ini) menunjukkan bagaimana sombong dan sikap tidak bekerjasama. Mungkin dari awal lagi, PKR langsung tidak mempunyai niat untuk berunding, ia hanya rempuh secara membuta tuli kerana ia begitu terdesak. Jadi, pertandingan tiga penjuru akan berlaku,” kata Aziz.
Malah selain itu, DAPigs juga turut mendakwa PKR juga merupakan sebuah parti yang sukar untuk didekati oleh rakyar kerana dianggap “otak bodoh dan ego”.

Aziz yang juga pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, mencabar PKR untuk membiarkan DAP bertanding di beberapa kerusi yang secara tradisinya ditandingi PKR, sambil menambah bermungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya ‘untuk membuktikan siapa yang layak’.

Ini kerana, katanya, DAP mempunyai peluang yang lebih baik daripada PKR untuk menang, kerana DAP telah turun padang sejak pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013 lagi. PKR hanya mula turun padang dalam tempoh dua hingga tiga bulan yang lalu sahaja.
Sangat sedih, yang PKR tidak belajar untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.
Aziz juga berhujah bahawa PKR akan kemungkinan besar tidak diterima dengan baik di Malaysia Barat jika parti itu terus menjadi mesra PAS, yang menjauhkan lagi hubungan dengan DAP berhubung isu hudud.
“PKR bukan parti yang tegas, pemimpinnya tidak boleh membuat keputusan mereka … PKR tanpa kepala, tanpa arah dan keliru dengan konsep,” kritiknya lagi.
Beliau berkata, jika pemimpin-pemimpin PKR yang bukan berasal dari Sarawak dan tidak memahami keadaan di sini, mereka perlu berundur dan menahan diri daripada bergaul dalam hal ehwal tempatan.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.