SEMUT HITAM
KERANDUT BENGKAK RAFIZI TAK PUAS HATI LAGI!!!
Kah! Kah! Kah! Memang kelakar betul tengok Si Rafizi ni menggelupor tak tentu arah bila bercerita pasal isu Tabung Haji ni. Panas jugak punggung dia nak menjustifikasikan kedudukan dia.
Soalnya, apa lagi yang Si Rafizi tu tak puas hati? Bukan ke sebelum ni dia BERJAYA menghasut Pencacai Pakatan Haprak tu untuk mengeluarkan semua duit simpanan mereka?
Jika dilihat dari satu sudut, usaha Si Rafizi tu boleh dianggap sebagai satu KEJAYAAN BESAR dalam karier Politik dia setakat ini. Takkan itu pun Si Rafizi tu masih tak merasa bangga lagi?
Bayangkan! Dek kerana termakan dengan hasutan yang dibuat oleh Si Rafizi tu telah menyebabkan Pencacai Pakatan Haprak tu mengosongkan semua duit dalam akaun Tabung Haji mereka.
Malah, ada juga yang sampai sanggup menggadaikan peluang untuk pergi menunaikan ibadah Haji walaupun giliran dia sudah tiba hanya semata - mata termakan dengan hasutan Si Rafizi tu.
Jadi, kenapa pulak Si Rafizi tu masih lagi nak mempertikaikan soal pemberian Bonus Tahunan sebanyak 8 peratus yang telah diumumkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji baru - baru ini?
Adakah pertikaian Si Rafizi tu dilakukan atas dasar tanggungjawab kepada rakyat ATAU sekadar nak tutup kemaluan dia yang dah terdedah sebelum ini berhubung isu akaun Tabung Haji dia?
Hakikatnya, pertikaian yang dibuat oleh Si Rafizi tu nampak tak masuk akal apabila dia mendakwa kononnya pengumuman yang dibuat oleh Tabung Haji tu hanya sekadar 'Wayang' semata - mata.
Kononnya Si Rafizi tu kata, kedudukan kewangan Tabung Haji pada ketika ini tidak seperti mana yang diumumkan. Katanya, Tabung Haji boleh mengalami kerugian sebanyak RM 3.195 billion.
"Jika kerugian akibat kejatuhan harga saham mencecah paras tersebut, ia boleh menghapuskan keuntungan yang diumumkan oleh Jamil Khir,” katanya lagi.Itu 'JIKA'. Soalnya sekarang, adakah pendeposit tak dapat Bonus Tahunan tersebut? Cuba semak akaun masing - masing. Dapat tak duit Bonus Tahunan seperti mana yang telah diumumkan?
Dan kalau Si Rafizi tu berani, dedahkan akaun Tabung Haji dia kepada umum. Adakah dia tak dapat hasil Bonus Tahunan yang dikatakan mencecah hampir RM 25 ribu tu? Kalau dapat, apa dia nak buat?
Adakah Si Rafizi tu akan membiarkan duit simpanan tu terus kekal didalam Tabung Haji ATAU dia Berani sahut cabaran yang dibuat, "Kosongkan Akaun Dia Dalam Tabung Haji Tanpa Meninggalkan Seposen Pun". Kalau setakat berani cakap je, baik tak payah!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.