CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
(KHALED NORDIN "Political Impotency ") Umno Pagoh: Tahniah 'orang' Johor pecat Muhyiddin
Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh Ismail Mohamed membidas naib presiden parti itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pemimpin Johor lain kerana menyokong keputusan Majlis Tertinggi yang menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden.
“Saya sedih orang Johor disuruh mempengerusikan mesyuarat untuk pecat orang Johor.
“Tahniah Datuk Hisham dan MT orang-orang Johor... kerana terus membiarkan diri menjadi kambing hitam,” katanya kepada Malaysiakinimelalui pesanan teks.
Mesyuarat MT Umno hari ini dipengerusikan oleh Hishammuddin, selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan mesyuarat untuk mengelakkan konflik kepentingan.
Mesyuarat kemudian sebulat suara memutuskan untuk menggantung Muhyiddin berkuatkuasa serta-merta berikutan kritikan terbuka terhadap Najib dan melantik Zahid memangku jawatannya.
Muhyiddin pernah menjadi Menteri Besar Johor dari1986 hingga 1995 dan adalah juga Ahli Parlimen Pagoh serta Ketua Umno Pagoh.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.