Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah BENAR Shahbudin Husin Mengenai MAKAN DEDAK

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Kisah BENAR Shahbudin Husin Mengenai MAKAN DEDAK

Cuti yang agak panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini, saya mengambil peluang menziarahi bapa saudara sebelah isteri di sebuah negeri di selatan tanahair.

Bapa saudara saya adalah salah seorang peneroka Felda dan sebagai usaha sampingan sambil bertujuan untuk memeriahkan anak cucu dan saudara-mara yang berkunjung ke rumahnya, beliau turut memelihara ayam kampung.

Oleh kerana bukan untuk jualan, tidaklah banyak ayam yang dipeliharanya, adalah barangkali dalam sekitar 50 ekor yang diletakkan dalam kawasan berpagar di belakang rumah.

Apabila anak cucu balik kampung atau sudara mara menziarahinya, ayam itulah selalunya dijadikan hidangan kemeriahan makan besar dengan digoreng dan dimasak gulai.

Beliau biasanya memberi nasi, apa saja lebihan di dapur, buah kelapa sawit atau  ubi untuk makanan ayam-ayamnya itu.

Ketika berbual-bual, beliau bercerita tidak berapa lama sebelum ini, seorang kawannya memberi setengah seguni kecil dedak kepadanya untuk diberi makan kepada ayam-ayam yang dipeliharanya itu.

Kata kawannya, dedak itu lebihan yang sudah tidak diperlukannya lagi.

Bapa saudara saya memang tidak pernah memberi makan dedak kepada ayam-ayamnya kerana merasakan tiada keperluan untuk berbuat demikian memandangkan nasi lebihan makanan seharian, buah kelapa sawit atau ubi sentiasa saja ada untuk dijadikan makanan ayam-ayamnya.

Lagi pun semuanya percuma, tidak seperti dedak yang kena dibeli.

Oleh kerana diberi percuma, beliau pun memberi dedak itu kepada ayam-ayam peliharaannya sehinggalah ia habis.

Setelah itu, beliau memberinya semula ayam-ayamnya dengan nasi, buah kepala sawit atau ubi seperti sebelumnya.

Apa yang mengejutkan bapa saudara saya ialah ayam-ayam itu seperti tidak berminat lagi mahu makan nasi, buah kelapa sawit dan ubi sebagaimana selalunya.

Ia hanya makan sikit-sikit dan kemudian meninggalkannya begitu saja. Maka banyaklah nasi, buah kelapa sawit dan ubi yang sepatutnya dimakan ayam-ayamnya, terbiar begitu saja.

Beberapa hari berlalu setelah melihatkan ayam-ayam seperti kurang makan, beliau cuba membeli sedikit dedak dan menaburnya sebagai makanan.

Alangkah terperanjatnya bapa saudara saya kerana ayam-ayam itu begitu selera dan berebut-rebut mendapatkan dedak sehingga dalam sekejapan saja, ia sudah habis dimakan.

Kini, tahulah bapa saudara saya bahawa ayam-ayamnya lebih meminati dedak daripada nasi, buah kelapa sawit dan ubi yang selalu dimakannya sebelum ini.

Walaupun cuba diselang seli antara nasi, kelapa sawit dan dedak, namun tetaplah dedak juga yang lebih menjadi pilihan ayam-ayamnya sekarang ini.

Maka, oleh kerana secara tak sengaja memberi makan dedak hasil sedekah seorang kawan kepada ayam-ayamnya, bapa saudara saya sekarang tak pasal-pasal kena selalu membeli dedak kerana tidak mahu ayam-ayamnya kelaparan, kurang makan dan kurus sebelum disembelih apabila anak cucu dan saudara mara sesekali  balik kampung menziarahinya.

Daripada pagi hingga malam ketika berada di rumahnya, beberapa kali jugalah bapa saudara saya bersungut mengenai "perangai" ayam-ayamnya itu.

Kepada ayam pun rupa-rupanya dedak menimbulkan ketagihan sehingga tidak memandang lagi kepada makanan yang lain. Sekali makan dedak, maka dedaklah yang ditunggunya.

Hmmmmmm.....(SH 09/02/2016). - http://shahbudindotcom.blogspot.my/

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.