Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lupakan politik, Dr Mahathir seru gerakan rakyat singkir Najib, kata Mahfuz

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Lupakan politik, Dr Mahathir seru gerakan rakyat singkir Najib, kata Mahfuz

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan agar pihak-pihak yang ingin menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak perlu mengenepikan ideologi politik mereka sebaliknya bersatu dalam gerakan rakyat untuk tujuan itu. 

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, hasil pertemuannya selama 1 jam bersama Dr Mahathir di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur hari ini, mantan perdana menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu menyarankan agar perbincangan dilaksanakan demi mencari kesepakatan untuk tujuan itu. 

"Najib mesti berundur, atau diturunkan untuk selamatkan negara, kami sependapat agar semua pihak mengenepikan ideologi politik untuk turunkan Najib," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider. 

Mahfuz berkata, hasil pertemuan antara 9 pagi hingga 10 pagi tadi itu juga mencapai kesepakatan antara dirinya dan Dr Mahathir, supaya matlamat utama yang perlu diberi perhatian adalah menjatuhkan Najib dan tidak memikirkan penggantinya buat masa ini. 

"Jangan fikir siapa penganti, kalau kita fikir siapa pengganti, sampai ke sudah Najib tidak akan berundur," kata Mahfuz, merujuk kepada hasil pertemuan mereka. 

Beliau berkata, dalam pertemuan itu, pihaknya juga mencadangkan agar pengganti Najib ditentukan 222 ahli Parlimen melalui Akuan Bersumpah (SD).

"Dengan cara itu, kita akan mempunyai perdana menteri yang bersih daripada unsur rasuah. 

"Tapi Tun (Dr Mahathir) tidak kata apa-apa, beliau kata kita perlu berbincang," katanya. 

Menurut Mahfuz, Dr Mahathir menyeru pihak-pihak yang mahu melihat perkara itu menjadi kenyataan perlu mencari titik tengah sesama mereka. 

"Kalau kita ikutkan kepentingan parti masing-masing, lebih baik kita tunggu pilihan raya, tetapi sementara nak menunggu 2 tahun sebelum pilihan raya, rakyat akan menderita," kata Mahfuz. 

"Najib sudah tidak boleh nak berubat lagi dah."

Beliau juga menolak pertemuannya hari ini berkaitan parti, sebaliknya ia adalah atas kapasitinya seorang individu warganegara Malaysia. 

"Gerakan rakyat rentas politik, agama, bangsa akan digerakkan demi menyelamatkan negara," kata Mahfuz. – 19 Februari, 2016. TMI

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.