Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAINAN FITNAH: Orang Awam Lebih Simpati pada WAHABI berbanding AHLI SUNNAH WA'L-JAMA'AH

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
MAINAN FITNAH: Orang Awam Lebih Simpati pada WAHABI berbanding AHLI SUNNAH WA'L-JAMA'AH

FITNAH KE ATAS AHL AL-SUNNAH WA'l-JAMA'AH

Jelas orang awam lebih bersimpati pada Salafi/Wahhabi berbanding Ahl al-Sunnah wa'l-Jama'ah.

Dari segi persepsi umum, Ustaz Zamihan walaupun berdiri atas manhaj yang betul tapi kerana cara dan sikap beliau yang keras telah "turn the table" (menterbalikkan) persepsi Ekstremisme yang sepatutnya ada pada Salafi/Wahhabbi kepada Sunni - ini satu fitnah yang besar.

Orang awam di Malaysia tak kenal siapa Mufti Ali Jum'ah, Shaykh Usamah, Al-Shahid al-Buti. Kalau pun kenal mereka kenal nama-nama autoriti besar Sunni ini sebagai "lackey" kepada rejim - satu tanggapan dan persepsi yang batil.

Walaupun Dr Fathul Bari dan ILMU lebih ceroi dan mengarut dalam hal politik Dr MAZA telah "compensate" kumpulan mereka sebagai jaguh rakyat.

Anda nampak sekarang kenapa saya sering bertanya di mana mufti dan ulama' Sunni?

Kita benar. Tak perlu risau di sisi Allah dan Rasul tapi kita bercakap tentang waqi' semasa yang tidak dipegang oleh Sunni di Malaysia, sekadar berharap kepada ihsan kerajaan.

Lihat saja event seperti Twins of Faith di Putrajaya lebih terurus dan menarik umum berbanding Ijtimah' Ulama' Ahl al-Sunnah yang menjemput Habib Abu Bakar al-Masyhur al-Adni diuruskan dengan kekampungan dan langsung tak menarik perhatian pembesar negara dan orang awam khusus profesional.

Mereka - orang awam yang tak mengaji manhaj Sunni yang betul (hasil pendidikan Islam sekolah kerajaan yang berterabur) tiada faham beza dan maqam ulama' dan maraji' Sunni maka mereka keliru disangka yang bijak hadith dan petah bicara Arabnya itu seolah seperti Faqih tapi sebenarnya hanyala Wa'iz!

Masalah dan kelemahan kita Sunni adalah Strategi. Kita gagal menghayati pesanan Saydina Ali : kebatilan yang terancang akan mengalahkan kebenaran yang berterabur.

oleh: Wan Ahmad Fayhsal

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.