Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKIN HEBAT ANAK NIK AZIZ NI PERLI HUSAM!!!

SEMUT HITAM
MAKIN HEBAT ANAK NIK AZIZ NI PERLI HUSAM!!!
Heh! Dikala Si Husam tu sibuk mempertikaikan mengenai lantikan yang dibuat terhadap Mursyidul Am PAS yang dianggap satu 'Penghinaan', lain pulak pandangan anak Allahyarham Nik Aziz ni.

Kata Si Nik Abduh, lantikan yang dibuat terhadap Datuk Dr. Haron Din sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) itu merupakan satu pengikhtirafan dari pihak Kerajaan.

Selaku Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh turut berkata, pemilihan tokoh PAS itu ke dalam organisasi berkepentingan kerajaan itu juga merupakan satu pengiktirafan kepada parti Islam itu.
“Kami ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana telah memilih Datuk Dr Haron Din. Apabila beliau dipilih, maknanya usaha-usaha Pas itu (selama ini) diterima oleh pihak kerajaan.“Kami harap ia merupakan satu langkah yang positif untuk Pas bersama rakyat Malaysia bagi kita memulakan wacana lebih terbuka dan kefahaman Islam,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.
Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas pelantikan Haron sebagai Pengerusi Kluster Dakwah MPI oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang diadakan pada Jumaat lalu.

Apa yang jelas, bukan sama ada lantikan itu dibuat berdasarkan kepada usaha PAS semata - mata. Tetapi ianya juga merupakan bukti bahawa Kerajaan memandang berat pendidikan Islam di Malaysia.

Tidak seperti mana yang digembar - gemburkan selama hari ini dimana kebanyakkan pihak mendakwa pihak Kerajaan tidak memberi sebarang penekanan berkaitan soal akhlak umat Islam.

Setidak - tidaknya, kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional sedia bekerjasama dengan PAS demi untuk memastikan agama Islam dapat terus dimartabatkan dikalangan rakyat Malaysia.

Takde la macam sesetengah pihak tu. Dakwa diri dia lebih 'Alim' dari orang lain sampai tahap boleh menjatuhkan hukum sesuka hati. Walhal dalam pada masa yang sama, dia sendiri menonjolkan sifat MUNAFIK secara terang - terangan!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.