Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Najib Halang Muhyiddin laksana tugas timbalan presiden Umno

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Najib Halang Muhyiddin laksana tugas timbalan presiden Umno

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendakwa beliau kini dihalang Datuk Seri Najib Razak daripada menjalankan tugas-tugasnya sebagai timbalan presiden Umno selepas dihalang bercakap pada Perhimpunan Agung Umno 2015.
Timbalan presiden Umno itu berkata, beliau menerima tindakan Najib selaku perdana menteri yang mempunyai prerogatif untuk menggugurkannya daripada jawatan timbalan perdana menteri tahun lalu.
Namun kata Muhyiddin, sebagai timbalan presiden parti, beliau masih perlu menjalankan amanah menasihati presiden Umno itu berdasarkan perlembagaan parti.
dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Umno tahun lalu yang menyentuh tugas timbalan presiden, Muhyiddin berkata, beliau memberikan pandangan dan nasihat selaku timbalan presiden parti.
"Presiden parti tanya masa perhimpunan, tahu tak tugas-tugas timbalan presiden? Eh, saya pengerusi jawatankuasa perlembagaan. Tak payahlah tanya saya. Memang pun saya tahu.
"Dua sahaja (tugas timbalan presiden). Pertama, membantu presiden. Kedua, mempengerusikan mesyuarat sewaktu ketiadaan presiden," katanya.
Tugas membantu presiden, katanya, walaupun bunyinya mudah, tetapi boleh ditafsirkan dengan pelbagai maksud.
"Menjalankan urusan-urusan parti, mengepalai jentera pilihan raya, pergi lihat daftar pemilih, pergi menangani masalah-masalah bahagian yang ada.
"Itu tanggungjawab saya yang saya jalankan sejak saya jadi timbalan presiden Umno, sejak 6 tahun lalu, tiada masalah," katanya.
Kata Muhyiddin lagi, ahli-ahli parti mengenali perwatakan beliau sebagai seorang yang kuat bekerja dalam melaksanakan amanah selaku timbalan presiden.
"Orang tahu saya ini 'workaholic'. Ada tanggungjawab saya. Saya tak pernah abaikan tanggungjawab saya.
"Tetapi, tanggungjawab membantu presiden itu, dia kata antara lain, ikut tafsirannya, adalah memberi pandangan, memberi nasihat, bukan hendak menunjuk ajar," katanya.
Namun katanya, beliau khuatir kerana Umno kini akan terus merosot sokongannya di bawah kepimpinan Najib yang tidak menukar haluan parti walaupun berdepan ancaman nyata.
"Dia (Najib) mengemudi bahtera Umno, kalau di depan itu saya tengok ada batu salju yang besar, ada 'iceberg', jangan jadi Titanic, dilanggarnya sahaja.
"Kalau langgar sahaja, apa jadi? Semua tenggelamlah, semua mati.
"Jadi, saya sebagai orang nombor 2 memberi nasihat, 'this is not right, please do something to correct it' (ini tak betul, tolong buat sesuatu untuk betulkannya).
"Itu tanggungjawab saya, kerana itu amanah yang tuan-tuan berikan pada saya," katanya. – 20 Februari, 2016.TMI

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.