Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NURUL IZZAH SANGGUP 'BOGEL' DEDAHKAN SEMUANYA!!!

SEMUT HITAM
NURUL IZZAH SANGGUP 'BOGEL' DEDAHKAN SEMUANYA!!!
Hahaha!!! Terdesak sangat dah nampak gayanya puak - puak Pakatan Haprak ni apabila ada yang sanggup 'Membogelkan' diri sendiri didepan penyokong demi untuk mendapatkan sokongan.

Apa faedahnya dia nak buat tindakan sedemikian pun tak tau la. Mungkin dia mengharapkan sokongan simpati dapat diperolehi dengan persembahan aksi sedemikian gamaknya.

Dalam perhimpunan yang diadakan semalam, Si Nurul Izzah tu dikatakan telah mendedahkan 'Rahsia PKR' dihadapan para penyokongnya berkaitan dengan isu pertukaran MB Kedah.

Kata Si Nurul Izzah, semua wakil rakyat dari kalangan Pakatan Haprak, terutama 4 orang ADUN dari PKR telah menyatakan sokongan penuh mereka kepada bekas Menteri Besar Kedah sebelum ini.

Soalnya, apa faedahnya Si Nurul Izzah tu mendedahkan 'Rahsia' tersebut sedangkan ianya memang sudah diketahui oleh semua orang? Apa tujuan Si Nurul Izzah tu menyatakan perkara tersebut?

Adakah Si Nurul Izzah hanya sekadar berhasrat nak menunjukkan niat 'Murni' puak - puak PKR ni dalam konflik kepimpinan di Negeri Kedah yang membantah tindakan yang telah dibuat?

Si Nurul Izzah tu tak sedar ke bahawa tindakan yang dia lakukan itu hanya sekadar mem-BODOH-kan diri sendiri apabila ada pihak yang melihat ianya sebagai satu tindakan 'RETORIK' semata - mata?

Jika sebelum ini, ramai wakil pemimpin dikalangan PKR tu menyelar tindakan yang telah dibuat bagi menggugurkan Bekas Menteri Besar Kedah tu dan mendakwa ianya tidak beretika.

Tapi hakikatnya, pemimpin PKR tu sendiri tak sedar bahawa tindakan mereka mendesak agar Si Khalid Ibrahim tu berundur dari jawatan Menteri Besar Selangor adalah lebih tidak beretika.

Bahkan, tindakan PKR melalui perlaksanaan agenda Langkah Kajang sebelum ini bukan sahaja dianggap sebagai satu 'Pengkhianatan' kepada rakyat. Malah ianya juga tidak Demokratik.

Jadi, tak usah la Si Nurul Izzah tu cuba nak tunjuk 'Baik' depan orang ramai. Realitinya, rakyat sendiri dapat menilai keikhlasan puak - puak Pakatan Haprak tu sendiri. Diorang hanya sekadar nak jadi Batu Api dan nak menangguk diair yang keruh je!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.