Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Persidangan Freemason di Pulau Pinang dihentikan setelah dibantah NGO Islam

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Persidangan Freemason di Pulau Pinang dihentikan setelah dibantah NGO Islam

GEORGE TOWN, Khamis – Persidangan International Scottish Masonic 2016 di sebuah hotel di Batu Ferringhi di sini, dihentikan serta-merta selepas mendapat bantahan kira-kira 50 anggota daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini.

Persidangan anjuran sebuah pertubuhan dikenali sebagai Freemason yang sering dikaitkan dengan Yahudi, dan teori konspirasi terhadap orang Islam itu bermula semalam dan sepatutnya berakhir esok (26 Feb).

Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah yang mewakili NGO terlibat, berkata tindakan pertubuhan berkenaan mengadakan persidangan di Malaysia dilihat sebagai tidak menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

“Terima kasih kepada pihak polis yang membenarkan kami masuk ke dalam hotel itu dan melihat sendiri sama ada persidangan itu diteruskan atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, Azwanddin bersama semua NGO terlibat mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan hotel itu bagi membantah persidangan berkenaan. Beliau bersama tiga wakil NGO kemudian memasuki hotel itu dengan diiringi polis.

Perhimpunan selama sejam itu bersurai selepas polis mengarahkan mereka meninggalkan perkarangan hotel berkenaan.

Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) Mohd Ali Baharom yang turut menyertai perhimpunan bantahan itu, berkata beliau difahamkan seramai 600 peserta dari 21 negara menghadiri persidangan itu.

“Dewan dalam hotel itu yang dijadikan tempat persidangan, kosong ketika kami masuk melihatnya dan kami Gerakan Merah sekali lagi memberi amaran kepada pihak-pihak berkenaan supaya tidak menganjurkan program atau persidangan seumpama itu pada masa hadapan.

“Selain itu, kami juga akan memantau persidangan itu sehingga esok untuk melihat sama ada mereka akan meneruskan atau sebaliknya,” kata beliau. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.