Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PINDA AKTA PUN DIA NAK MEROYAN!!!

SEMUT HITAM
PINDA AKTA PUN DIA NAK MEROYAN!!!
Haduyai!!! Kesian betul tengok Anak Si Ketua Penipu ni. Mudah sangat dia nak meroyan benda yang bukan - bukan semata - mata kerana tidak memberi sebarang keuntungan kepada Politik dia.

Dek kerana Kerajaan nak pinda Akta OSA bagi memastikan rahsia rasmi Kerajaan kekal terpelihara, mula la Si Nurul Izzah ni hilang akal dan meroyan mengalahkan Kucing nak Beranak.

Kata Si Nurul Izzah, tindakan pihak Kerajaan nak meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) adalah semata - mata kerana nak melindungi rahsia 'Pak Menteri' dari diketahui secara umum.
"Ada apa pada OSA sehingga perlu dipinda? Adakah ini sebagai cubaan untuk lindungi rahsia Pak Menteri semata-mata," kata Nurul Izzah.
Aduhai!!! Singkat bebenor pemikiran anak Si Ketua Penipu ni. Itu je ke yang dia dapat lihat dengan kewujudan Akta OSA tu? Benda lain dia dah tak nampak ke? Takkan buta sangat mata dia.

Si Nurul Izzah ni sedar tak bahawa tanpa pembaharuan Akta OSA ni membolehkan Kerajaan dan Kedaulatan Negara berada dalam keadaan yang terancam bila ramai pembelot?

Tak mustahil sekiranya mereka yang selama ini Taksub dengan puak - puak Pakatan Haprak tu sanggup melakukan perkara diluar dugaan dengan menjual maklumat kepada musuh Negara.

Mungkin Si Nurul Izzah tu lupa apa yang telah dilakukan oleh Xavier Justo yang pernah ditawarkan habuan yang lumayan untuk menjual maklumat bekas syarikat dia kepada pihak ketiga.

Lagi pun, sama ada pihak Kerajaan pinda atau tidak akta tersebut, bukannya memberi sebarang siginifikan kepada puak - puak Pakatan Haprak tu. Sebab orang macam Si Nurul Izzah tu lebih suka 'Menabur Fitnah' dari nak bercerita benda yang betul kepada rakyat!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.