Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Polis telah kenal pasti lelaki tunjuk kapak

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Polis telah kenal pasti lelaki tunjuk kapak
 
SEREMBAN – Polis telah pun mengenal pasti identiti suspek lelaki yang menunjukkan kapak  kepada pasangan suami isteri di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Ujong di sini, semalam.

Aksi lelaki berusia 19 tahun itu sempat dirakam oleh mangsa dan kini telah pun menjadi viral di laman sosial sehingga menarik perhatian netizen.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa telah pun membuat laporan polis  kira-kira jam 10.12 malam.

“Suspek telah pun dikenal pasti dan tangkapan akan dilakukan. Kes ini berlaku kira-kira jam 3 petang dan ia dikatakan bermula dengan pertengkaran mulut antara suspek dan mangsa akibat cara pemanduan yang tidak betul.

“Namun ia berakhir apabila suspek secara tiba-tiba mengeluarkan senjata kapak dari dalam keretanya,” katanya.

Menurutnya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah. - SH

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.