Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rayani Air siasat kemungkinan PESAWAT DISABOTAJ, kata CEO

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Rayani Air siasat kemungkinan PESAWAT DISABOTAJ, kata CEO

Pengendali penerbangan patuh syariah pertama negara, Rayani Air, berkata syarikat itu akan menyiasat sama ada wujud kemungkinan pesawatnya yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pagi ini disebabkan perbuatan sabotaj.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rayani Air, Ravi Alagendrran berkata, penangguhan penerbangan yang dijadualkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) jam 11.10 pagi itu bukan berpunca daripada masalah teknikal.

"Ia bukan berpunca daripada kesilapan teknikal. Cermin kokpit kami didapati pecah selepas penerbangan malam tadi," katanya, dalam satu kenyataan hari ini.

"Kami sedang menyiasat insiden ini sama ada ia tindakan sabotaj atau tidak," kata Ravi mengulas kejadian pembatalan penerbangan pesawat itu yang mengakibatkan lebih 200 penumpang terkandas. – 9 Februari, 2016.TMI

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.