CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Untuk Pentaksub Dr MAZA, Dr Rozaimi, Mufti Menk, Shaykh Hussain Yee, Dr Fathul Bari and co.
gambar: Shaykh Yasin al-Fadani dan anak-anak murid beliau. |
Kalau kita fikirkan, orang Melayu seantero Alam Melayu ini, secara umumnya lebih mengenali Buya HAMKA berbanding al-'Allamah al-Mutafannin al-Musnid al-Dunya Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani. Kerana umumnya HAMKA dilihat sebagai "Kaum Muda" gitu, dan Shaykh Yasin adalah "Kaum Tua".
Berbalik kepada polemik kaum muda vs kaum tua (satu kategori "superfluous" yang dicipta oleh orientalis William E. Roff), memang tabiat dan sifat kaum Muda (Salafi/Wahhabi) yang terbit daripada pengkagum Ibn Taimiyyah seperti Muhammad Abd Wahhab al-Najd dan Shaykh Muhammad Abduh bersifat "reformis" iaitu berkehendak mereka itu (guna bahasa kitab Jawi lama yang orang sekarang tak biasa kecuali mereka mengaji kitab kuning) akan memisahkan diri mereka daripada tradisi dan susur galur mata rantai ulama' kerana kesaksian mereka yang menganggap contoh hal-hal seperti perbahasan ilmu kalam dan tasawwuf menyimpang daripada al-Qur'an dan al-Sunnah.
Tiada dinafikan dalam sesuatu zaman memang ada golongan yang melampaui batas dalam manhaj ahl al-Sunnah wa'l-Jama'ah dan reformis-reformis "Kaum Muda" ini membalas reaksi dengan reaksi yang keras seperti mengharamkan ziarah kubur etc.
Tapi malang sekali Muhammad bin Abdul Wahhab dan Shaykh Muhammad Abduh ini kalau kita teliti dasar epistemologi mereka tidak konsisten dan tersasar dalam "over-generalizing" seolah-olah yang ghuluw' (melampui batas) itu mewakili golongan Mutakallimin dan Sufi secara keseluruhan - macam kes mereka "generalize" semua Habaib itu seolah-olah Syi'ah berbaju Sunni (apa ke senget mantiq mereka ni?) kerana kononnya mereka "memuja" (beza puji dan puja pun tak tahu) ahl al-Bayt.
"Kaum Muda" seperti kata Prof. Al-Attas adalah Modenis. Modenis adalah golongan yang punya dua sisi seperti duit: Keras dan Longgar; Wahhabi dan Salafi. Persamaan mereka ialah menyanjung 'Shaykh al-Islam' (yang mereka sekali lagi senget mantiq menganggap ianya gelaran yang bersifat kulli walhal ianya juz'i dalam mazhab Hanbali) Ibn Taimiyyah dan amat-amat skeptik dengan Imam Al-Ghazali. Kedua-dua sisi ini menolak atau melonggarkan cara hendak bermazhab, mengajak orang awam bertalfiq (campur adukkan) mazhab-mazhab seolah-olah mereka dan orang awam mampu mentarjih (identify the best) dalil-dalil dalam al-Qur'an, al-Sunnah, IJMA' dan QIYAS yang telah dilakukan para Imam dalam semua mazhab.
Ringkasnya menjadi Kaum Muda dalam Fiqh lebih "free", lebih "longgar" berbanding Kaum Tua. (Saya tak suka guna dikotomi ini tapi untuk memudahkan, for the sake of convenience, saya gunakan juga)
Sebab itu Kaum Muda lebih mesra media, mesra rakyat dan responsive kepada perkembangan dunia, semasa seperti Buya HAMKA yang prolifik berbanding Shaykh Yasin. Kaum Muda juga sering didepan dalam menentang penjajah dan penguasa zalim. Tidak bermakna Kaum Tua atau ahl al-Sunnah wa'l-Jama'ah tidak. Imam Shamil di Caucus, Shaykh Umar Mukhtar di Libya itu bukan Salafi dan Kaum Muda.
Walaupun hakikatnya dari segi autoriti sebagai seorang Faqih yang faqih benar dalam Hadith dan Fiqh, Shaykh Yasin yang diberi jolokan "Musnid al-Dunya" (yang punya sanad yang tertinggi/paling hampir dengan sumber asal) jauh lebih berwibawa daripada Buya HAMKA - seperti yang diiktiraf sekian ramai ulama' seantero dunia Islam khususnya di Al-Azhar Al-Sharif, kerana kemahiran beliau yang amat-amat hebat dan berkelayakan untuk berijtihad kerana penguasaan beliau dalam ilmu-ilmu asas yang melayakkan beliau berijtihad dan mengeluarkan hukum. Lihat saja sharh usul al-fiqh al-Luma' beliau.
Tapi beliau tidak dikenali dan tidak sepopular Buya HAMKA walaupun boleh kata mereka sezaman.
Maka tidaklah sesuatu yang menghairankan kalau orang awam (saya pun orang awam) yang belajar Fiqh secara "piece meal", bagi mereka dengar Dr MAZA, Dr Rozmie sudah cukup-cukup hebat dan nampak gah dan berautoriti dalam ilmu al-hadith.
Alim dalam hadith tak automatik alim dalam Fiqh. Alim dalam Fiqh paling koman kena alim dalam Hadith sebab nak keluar hukum kena faham benar ulum al-hadith!
Manalah orang awam zaman sekarang kenal Shaykh Nuruldin Al-Raniri, Shaykh Abd al-Samad al-Falembani dan ulama' Fatani. Kitab mereka pun mereka tak jamah.
Kenapa? Kerana Kaum Muda, yakni ulama' Salafi/Wahhabi "skip" mata rantai ulama' Alam Melayu terus ajak teliti kitab Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim etc.
Contoh dalam Tafsir, pada hari ini kerana penguasaan Kaum Muda aka Salafi/Wahhabi dalam wacana awam, tafsir yang sering diangkat sebatas Tafsir bi'l-Ma'thur (based on Prophetic commentaries alone) itu pun Ibn Kathir. Jauh sekali Tafsir bi'l-Ra'yi (including heavy reasoning involving logic, philosophy of proper kind) apatah lagi Tafsir bi'l-Ishari (allegorical, intensive deep meaning high and metaphysical Sufism).
Walhal sebelum muncul fenomena Salafi/Wahhabi (yang lambat circa abad ke-19), seluruh dunia Islam di madrasah-madrasah, tafsir yang sering diajar baik di Ottoman, Mughal, Baghdad, Alam Melayu yang paling basic ialah Tafsir al-Baydawi "Anwār at-tanzīl wa-asrār at-taʾwīl"!! Ini telah dikaji secara tuntas oleh Dr Shaykh Gibril Fouad Haddad dan banyak pengkaji sistem silibus madrasah ahl al-Sunnah wa'l-Jama'ah yang asal (bukan pseudo-Salafi yang ahl al-Sunnah tapi tak Jama'ah). Lihat saja terjemahan tafsir Qur'an dalam Bahasa Melayu yang terawal oleh Shaykh Abd Rauf Singkel iaitu Tarjuman al-Mustafid adalah saduran Tafsir al-Baydawi!! (boleh dibeli di Klasika Media, Pelita Dhihin). Diajar penuh di serata pondok, pesantren, madrasah kitab tafsir ini.
Tapi kini ianya tidak diajar kerana "berat, banyak guna akal" - kerana tak secocok dengan manhaj "Salaf" (kononnya).
Kepada orang awam, tiada masalah nak dengar Dr MAZA, Dr Rozaimi, Mufti Menk, Shaykh Hussain Yee, Dr Fathul Bari and co., untuk ambil tazkirah, inzar, (ramai yang mengaku menangis dengar tazkirah Dr MAZA maka mereka buat kesimpulan bahawa Dr MAZA adalah autoriti Sunni) tapi sebelum anda kagum dengan mereka, apa salahnya anda kaji dan kenal ulama' yang jauh mendahului mereka, orang kita Melayu yang bukan saja berjasa di sini tapi diseantero dunia (rujuk kajian jaringan ulama' Nusantara sampai ke Dunia Islam lain oleh Prof Azyumadi Azra). Mereka ulama'-ulama' yang orang awam kita tak kenal ini sudah selesaikan setiap satu masalah-masalah yang dibangkitkan oleh Dr MAZA, Dr Rozaimi, Dr Fathul Bari and co.
Jadi buat apa kita nak serabut pening kepala bergaduh setiap kali tiba Mawlid, dah berbid'ah sana-sini.
Dalam soal ekstremisme, perbahasannya tidak se"direct" ini. Ianya bukan hal khilafiyyah (benar seperti yang dipertahankan penyokong Dr MAZA) sebaliknya aqidah.
AKAN TETAPI, MANIFESTASI ekstremisme agama itu yang berpunca daripada kefahaman Aqidah yang SHADID (keras) (seperti al-Wala' wa'l-Bara' yang tiada dalam silibus aqidah Sunni yang ma'thur) muncul dalam mereka mempolemikkan isu khilafiyyah iaitu dengan cara MEMBID'AHKAN.
Daripada BID'AH ini akan membawa kepada tuduhan contoh TASHAYYU' (Menjadi Syiah), kemudian bawa kepada TAKFIR (kapir-mengapir) sebab kononnya Syiah itu bukan Islam!!!
Masuklah perangkap CIA yang buat di Syria. Habis. Habis.
Masuklah perangkap kapir UMNO sebab "tolok Isle" dalam sejarah moden politik Malaysia dulu.
Ianya bermula pada Aqidah yang melahirkan Tasawwur yang jelas letak duduk sesuatu perkara dalam Fiqh, Ibadah khas-umum-sunat-wajib-makhru etc., Tasawwuf dan sebagainya.
Ketelitian, kehalusan, kesistematikkan, kedalaman, ke-integral-an ilmu khusus melibatkan Fiqh dan Aqidah dan Tasawwuf (Islam-Iman-Ihsan dan kini Habib Abu Bakar al-Adni mengingatkan kita yang KEEMPAT iaitu ahsrat al-sa'ah [tanda-tanda kiamat]) semua ini jarang dimiliki oleh ulama' atau lebih tepat du'at (missionaries) Salafi/Wahhabi.
Kekacauan ini yang menyuburkan kekeliruan dan kefahaman separuh masak, mengajak orang awam yang jahil untuk berijtihad merumuskan sendiri apa yang kepala otak mereka baca Qur'an dan hadith - tanpa guna ijma' dan qiyas (yang kita tahu orang awam langsung tak layak buat dan kenal ijma' dan qiyas) untuk keluarkan hukum sendiri. Maka lahirlah ulama' palsu suruh berjihad letup bom, jadi Daesh, sembelih orang, halalkan darah Syiah dan sewaktu dengannya.
Nak fahamkan orang awam bagaimana metode, manhaj Dr MAZA dan teman-teman penceramah Salafi boleh bawa kepada Daesh, aduh! sukar sih! Banyak proses dan tahapnya! The flow is complex and tedious. Tapi ianya bermula dengan asas epistemologi menolak autoriti dalam bermazhab atau apa al-Shahid al-Buti jelaskan sebagai "al-La Mazhabiyyah" kerana al-La Mazhabiyyah (kalau tak suka sangat isitlah Wahhabi) melemahkan kedudukan ilmu kalam yang mengajar otak kita berfikir dengan betul (agar tak silap mantiq kata Habaib = Syiah) dan tasawwuf (yang boleh melenturkan "straight jacket" literalis dalam beragama seara rupa zahir dan mengesampingkan batin).
Daripada situ juga timbul satu aliran pemikiran Salafi yang "modenis", "longgar" dan "canggih-manggih" iaitu golongan "Maqasidiyyun", nak terus lompat bab Maqasid, tak main la baca hal-hal furu' dalam Al-Majmu' Sharh Al-Muhadhdhab karangan Imam al-Nawawi, Nihayah al-Muhtaj Imam al-Ramli.
Semua ini kacau. Kacau sekacau-kacaunya. Kekacauan ini memang tertanam dalam silibus Pendidikan Islam di sekolah. Bila masuk Universiti lagi kacau sebab macam-macam aliran pemikiran keluar menunggu nak sambar mangsa.
Balik semula kepada beza Buya HAMKA dan Shaykh Yasin al-Fadani. It's a battle of ideas. The best man win. But at present the best man might win due to tactics and strategies not necessarily because they are having the real truth. HAMKA is more accessible, writes in simple Malay while Shaykh Yasin writes in Arabic and his work is more difficult to be read, only viable via talaqqi. HAMKA's works can be read by any one. But who is a more accomplished Faqih in Mazhab Shafi'i? And who possessed chain of authorities and acknowledged by the experts on those fields of Islamic sciences? Of course Shaykh Yasin. No doubt HAMKA is da'i par excellence. He too is a scholar of his own right - like Dr Zakir Naik and the rest. Both contributed to Islam massively but they are not equal in authority of knowledge.
Silakan baca Buya HAMKA. Semua karyanya bagus dan amat berjasa kepada ummah tapi bila timbul bab yang memerlukan ijtihad ulama' dalam soal-soal aqidah, dan fiqh, jangan lupa rujuk yang benar-benar ahli dalam mazhab Shafi'i seperti Shaykh Yasin al-Fadani dan ulama' lain yang sewaktu dengannya.
Wallahua'lam
Oleh: Wan Ahmad Fayhsal
12 comments:
Yang benar benar ahli dalam mazhab syafie adalah imam syafie sendiri
Yang benar benar ahli dalam mazhab syafie adalah imam syafie sendiri
Takyah bbalah, masing-masing buat kerja. Islam pasti unggul...
Takyah bbalah, masing-masing buat kerja. Islam pasti unggul...
jangan ghuluw dalam menilai saudara. masing2 buatlah kerja jangan sibuk dengki pada org lain
Dan umat islam akan terus berpecah selagi kita terus saling syak mengesyaki sesama sendiri. Imam itu betul, imam ini salah. Org itu betul, org ini salah. Selagi kita mencari kelemahan sesama manusia, inshaallah kita akan ketemukan jua. Kerana manusia itu tidak maqsum kecuali para rasul. Marilah berlapang dada dalam menghadapi perbezaan pendapat. Tidak perlu menambahkan kecelaruan dan kekalutan kepada ummah. Semoga kita beroleh rahmat.
Dan umat islam akan terus berpecah selagi kita terus saling syak mengesyaki sesama sendiri. Imam itu betul, imam ini salah. Org itu betul, org ini salah. Selagi kita mencari kelemahan sesama manusia, inshaallah kita akan ketemukan jua. Kerana manusia itu tidak maqsum kecuali para rasul. Marilah berlapang dada dalam menghadapi perbezaan pendapat. Tidak perlu menambahkan kecelaruan dan kekalutan kepada ummah. Semoga kita beroleh rahmat.
Jalinkan hubungan kasih sayang sesama saudara.mnjaga hub sesama Islam amt besar ganjarannya. Ummah bpecah asbab antaranya tiada kasih sayang antara sekalimah. Antara intipati.. Maulana Johari. Allahualam. Sebarkan salam..
Antar huraian lemau/lemah pelabel wahabi, adakah agama berdiri diatas kepala tokoh2 agama atau berdiri diatas dalil2 sahih dari Quran & hadis? Benarkah mereka berpegang teguh pada mazhab Imam Syafie? Atau mereka menyanggahi mazhab? Atau mereka secara tak sedar melabel wahabi pada Imam Syafie itu sendiri! Kupasan lemah tu dah berulang dijawab dgn hujah & dalil yg membatalkan pegangan ilmu yg lemah!
Kita mungkin sibuk dgn urusan dunia, tiada masa nk ke kuliah, pakat2 buka kuliah agama di YouTube berlapang dada menilai 2-2 belah pihak.. Jadilah insan yg berilmu, bukan pak turut pelabel agama!
Ada beberapa perkara yg saya x bersetuju. Sebagai ahli ilmu, kita tak boleh menerima hanya satu pendpt. Ini menyebabkan islam yg luas itu nampak sempit dan mengongkong umat islam. Saya tahu ini sukar diterima pelajar kelulusan pondok yg bermazhab syafie. Jadi kita mesti meraikan pelbagai pendpt. Saya bukan nk membela Buya Hamka, Dr. Maza dan Dr. Rozaimi, tpi mereka telah berjaya menghidupkan sunnah dan menulenkan agama islam. Dr.maza byk mengeluarkan pndpt yg agak sederhana dan meraikan 4 mazhab. Malah, keilmuan Dr.maza diiktiraf di dunia Arab dan disukai org bukan muslim. Ramai tokoh memuji beliau krn berjaya memberi kefahaman tentang islam yg sebenar dan menghapuskan kepercayaan yg karut-marut. Tetapi itu tdk bermakna dia tdk menghormati ulama malaysia yg lain. Jadi sy berharap penulis, anda jgn berpegang dgn 1 mazhab, tpi lihat lah keindahan islam dgn minda yg terbuka dan meraikan mazhab yg lain. Wallahualam.
Ada beberapa perkara yg saya x bersetuju. Sebagai ahli ilmu, kita tak boleh menerima hanya satu pendpt. Ini menyebabkan islam yg luas itu nampak sempit dan mengongkong umat islam. Saya tahu ini sukar diterima pelajar kelulusan pondok yg bermazhab syafie. Jadi kita mesti meraikan pelbagai pendpt. Saya bukan nk membela Buya Hamka, Dr. Maza dan Dr. Rozaimi, tpi mereka telah berjaya menghidupkan sunnah dan menulenkan agama islam. Dr.maza byk mengeluarkan pndpt yg agak sederhana dan meraikan 4 mazhab. Malah, keilmuan Dr.maza diiktiraf di dunia Arab dan disukai org bukan muslim. Ramai tokoh memuji beliau krn berjaya memberi kefahaman tentang islam yg sebenar dan menghapuskan kepercayaan yg karut-marut. Tetapi itu tdk bermakna dia tdk menghormati ulama malaysia yg lain. Jadi sy berharap penulis, anda jgn berpegang dgn 1 mazhab, tpi lihat lah keindahan islam dgn minda yg terbuka dan meraikan mazhab yg lain. Wallahualam.
BANDAR TOGEL KODE MIMPI (INGAT KOPI INGAT KODE MIMPI)
Versi PC : http://www.kodemimpi.com/
Versi Android : wap.kodemimpi.com
Sangat Bagus Untuk Bandar Darat…
- 4D dan 3D Berlaku Prize I,II & III Untuk Pasaran :
-Singapore (Kecuali Senin Dan Kamis Tidak Berlaku)
-Hongkong
-Orchard
-Sydney
-Aston
- Diskon 65%,58% Dan 28%
- First Deposit 10% Max Rp.50.000
SUPPORT BANK : BCA – MANDIRI – BNI – BRI
Minimal DEPO & WD Rp 50.000.-
ONLINE CHAT SUPPORT KAMI :
Call Centre : +(855)973790195
BBM : 5EFAE15B
Mail : Kodemimpi@yahoo.com
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.