Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Aksi Ngeri: Polis ambil keterangan AJK MCA

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Video Aksi Ngeri: Polis ambil keterangan AJK MCA

SEREMBAN - Polis sudah mengambil keterangan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Loh Seng Kok berkaitan video aksi peluncur lagak ngeri atas jalan raya yang dimuat naik dalam halaman Facebook miliknya pada 24 Januari lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, pihaknya sudah merekodkan segala percakapan mengenai kejadian berlaku dan meminta supaya individu yang melakukan aksi ekstrem di Jalan Jelebu, di sini itu tampil bagi membantu siasatan.

Sehingga kini, katanya, pelaku terbabit belum tampil di mana-mana balai polis seluruh negara.

“Agak sukar untuk kita kenal pasti individu terlibat kerana cara pemakaiannya adalah tertutup sepenuhnya.

“Bagaimanapun, kita akan meneliti perkara ini dengan lebih mendalam. Tindakan beraninya itu boleh mengundang ancaman bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Saya menasihatkan sekali lagi, kepada individu terlibat dengan aksi luncur ektrem itu, diminta tampil beri keterangan kepada polis,” katanya. 

Sebelum ini, aksi ekstrem peluncur terbabit yang menggunakan 'bodies longboard' itu menjadi viral selepas video berdurasi 1:05 itu dimuat naik Seng Kok di halaman Facebook. - Sinar Harian


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.