.
Akhirnya Anwar menemui kebenaran yang dicari
KEJUTAN SORE
Hari ini di mahkamah Nallakarupan telah mengakui yang dia tidak pernah mengatakan Anwar Ibrahim menerima wang daripada syarikat judi (Magnum) sebanyak RM60 juta.
Kata Nallakarupan, kenyataan itu diputar belit oleh Utusan Malaysia dan Sinar Harian.
Nallakarupan membuat kenyataan mengejutkan itu ketika diasak oleh Anwar dalam mahkamah semasa perbicaraan saman Anwar RM100 juta kepada bekas rakan tenisnya itu. Anwar bertindak menjadi peguam belanya sendiri.
Semasa ditanya oleh Anwar apakah dia (Nalla) menyedari kenyataan bohongnya itu telah dijadikan afidavit yang dibuat oleh SAC II Musa Hassan yang kemudian menjadi Ketua Polis Negara, Nallakarupan mengatakan dia tidak tahu.
Ekoran pengakuan Nallakarupan itu Anwar menarik balik saman RM100 juta itu. Penarikan balik saman itu menunjukkan tokoh reformasi itu berhati mulia dan penyamaan terhadap Nallakarupan bukan bermotif komersil tetapi mahukan kebenaran terdedah.
Hajat Anwar itu berjaya apabila Nallakarupan menafikan apa yang didakwanya sebelum ini.
Kenyataan dan pengakuan Nallakarupan itu membuka sudut perbincangan baharu, apakah sesuatu afidavit yang dibuat dari kenyataan yang tidak wujud, sah untuk menyebabkan seseorang didakwa? Musa Hassan yang kini sudah bersara dari PDRM, perlu menjawab apa yang diperkatakan Nallakarupan hari ini.
Berurutan dari itu pendakwaan terhadap Anwar yang berasaskan kepada kenyataan Nallakarupan sebelum ini perlu dinilai balik.
Kesimpulannya apa yang dilakukan ke atas Anwar sebelum ini adalah benar ia konspirasi politik yang jelek untu memusnahkan kerjaya politik Anwar Ibrahim.
Dr Mahathir Mohamad yang menjadi PM ketika itu perlu memohon maaf atas kekhilafan itu dan masa untuk beliau berbuat begitu masih ada. Sebaik-baik apologetik yang perlu dilakukan Mahathir ialah berusaha membebaskan Anwar menerusi Deklarasi Rakyat. [wm.kl.7:11 pm 22/03/16]

0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.