Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHALLENGER, Pemimpin-Pemimpin Anak Muda Malaysia NYATAKAN Hilang Kepercayaan Terhadap Najib

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
CHALLENGER, Pemimpin-Pemimpin Anak Muda Malaysia NYATAKAN Hilang Kepercayaan Terhadap Najib

PETALING JAYA: Sekumpulan belia melibatkan pemimpin pelajar dan aktivis daripada pelbagai latar belakang politik dengan lantang menyuarakan hasrat supaya Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Gesaan itu disampaikan melalui kenyataan media yang ditandatangani oleh 25 generasi muda negara yang diketuai Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Rabu.

Menurut Syed Saddiq, sebahagian daripada anggota kumpulan itu yang dahulunya adalah penyokong tegar Najib kini mula mengubah haluan selepas pemimpin berkenaan terpalit dengan pelbagai krisis, termasuk skandal 1Malaysia Development Berhada (1MDB).

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
"Antara kami ini dahulunya sangat pro kepada Datuk Seri Najib, pernah pakai baju 'I love PM' dan menyertai banyak program yang menyokong kepimpinannya.

"Tapi kini kami pemimpin-pemimpin anak muda Malaysia telah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Najib dan sekutunya kerana tindakan mereka telah menjejaskan dan akan mengorbankan masa depan Malaysia," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Selain itu, Syed Saddiq yang memenangi gelaran Pendebat Terbaik Asia sebanyak tiga kali berkata, sudah tiba masanya untuk golongan belia menegur kepimpinan negara yang dilihat gagal berfungsi dengan baik.

"Tapi kami sedar bahawa sama ada Datuk Seri Najib berundur atau tidak, ia adalah diluar kawalan kami.

"Namun mesej penting yang ingin disampaikan ialah golongan belia tidak senyap. Kami tak pekakkan telinga dan tak butakan mata. Jadi inilah masanya untuk kami bersuara," katanya.

Ditanya sama ada tindakan mereka dibelakangi pihak tertentu khususnya pembangkang, Syed Saddiq menolak tanggapan berkenaan.

"Kami tak pro mana-mana pihak termasuk pembangkang. Siapa juga yang naik mentadbir kerajaan nanti, tapi akhirnya mengulangi kesilapan yang sama, kami akan tegur.

"Mesejnya ialah golongan belia boleh bersatu untuk kepentingan negara tanpa mengenal latar belakang politik," katanya.

Berhubung soalan sama ada mereka sudah bersedia untuk berhadapan kemungkinan dikenakan tindakan kerana kebanyakkannya masih menuntut di universiti, Syed Saddiq berkata, beliau percaya kepada prinsip kebebasan bersuara untuk menyatakan pandangan.

"Bagi kami tak salah untuk berekspresi atau nyatakan pendirian. Kalau kita boleh nyatakan "kami mahu Najib kekal" tak salah juga untuk kami katakan "kami mahu najib berundur".

"Kedua-duanya adalah tentang ekspresi. Yang penting kami tidak bertindak bertentangan undang-undang," katanya.




SIDANG MEDIA
Challenger – Gerakan Perubahan oleh Generasi Muda
Kami, Pemimpin-Pemimpin Anak Muda Malaysia, telah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Najib dan sekutunya, kerana tindakan mereka telah menjejaskan dan akan mengorbankan masa depan Malaysia.
Kecintaan kami terhadap Malaysia sukar ditandingi. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bersuara terhadap mereka yang menghancurkan negara tercinta ini. Sebagai generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara akan datang, adalah menjadi kewajipan kami untuk menyelamatkan masa depan dari sekarang. Kami menolak DS Najib dan sekutunya atas sebab musabab berikut;
Salah Tadbir Urus Yang Ketara Dalam Krisis 1MDB
Krisis ini melampaui kes-kes rasuah yang lain kerana ia melibatkan serangan yang konsisten terhadap rukun tadbir Malaysia.
Kami telah hilang keyakinan terhadap keupayaan pentadbiran Najib Razak untuk mengendali krisis 1MDB secara bebas dan tidak berat sebelah. Siasatan terhadap krisis ini telah terjejas akibat daripada gangguan luaran dan ugutan. Pegawai-pegawai SPRM umpamanya telah dipindahkan sewenang-wenangnya semasa siasatan dijalankan. Bekas Peguam Negara telah diganti secara tiba-tiba. Laporan Bank Negara turut tidak dipeduli. Syor daripada SPRM diketepikan. Pegawai Tertinggi Cawangan Khas disingkir dan dilantik semula. Bekas anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tiba-tiba telah dilantik ke jawatan baharu di pertengahan siasatan krisis.
Media juga telah digantung dari serangan ini. The Edge. Sarawak Report, Medium dan terbaru, Malaysian Insider telah digantung kerana laporan yang begitu kritikal terhadap 1MDB dan tuduhan skandal rasuah terhadap Perdana Menteri.
Kami juga telah melihat undang-undang telah disalahguna atas nama “Keselamatan Negara”. Ketidakadilan permohonan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) yang menahan Datuk Seri Khairuddin dan Matthias Chang adalah satu tindakan yang amat tercela sekali.
Kami juga tidak bersetuju dengan sekatan meninggalkan negara ke atas YB Rafidzi Ramli dan YB Tony Pua yang tidak berasas. Kami juga menentang taktik ugutan yang digunakan terhadap aktivis muda seperti Fahmi Reza.
Turut membimbangkan apabila pegawai-pegawai kerajaan dihukum kerana menyuarakan pendapat mereka berkenaan isu ini. Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Shafie Apdal dan ramai lagi telah dihukum kerana bersuara lantang. Budaya menutup mulut ahli-ahli yang berlainan pendapat untuk menutup kebenaran merupakan satu trend yang membimbangkan.
Nama baik negara kita telah tercemar di seantero dunia berikutan krisis ini. Hong Kong, Sweden, Singapore, United Kingdom dan United States juga telah menjalankan siasatan ke atas kes ini. Krisis ini juga mendapat perhatian media-media luar seperti The New York Times, The Wall Street Journal, BBC, Aljazeera dan banyak lagi. Maruah Malaysia yang tercalar ini akan mengambil masa bertahun-tahun untuk dipulihkan.
Serangan berterusan ini akan meningglkan kesan pada masa depan Malaysia. Masa depan yang akan diwarisi oleh golongan muda zaman kini.
Kami tidak lagi ingin berdiam diri apabila masa depan kami diragut.
Speaker
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Disokong oleh,
Endorsed by-
1. Syed saddiq Syed abdul rahman(Recipient of the Anugerah Perdana Belia Negara, The Youth Merdeka Award & a three-time Best Debater of Asia)
2. Abdul Hannaan Khairy (YDP MPP UTHM 2014/2015)
3.Abdul Naem Suhaimi (YDP MPP UMP 2012/2013)
4. Qamarudin Mohd Fauzi (SUA MPP UMP 2014/15)
5. Muhammad Zulhelmi Muktar (YDP MPP UMT 2014/15)
6. Muhamad Zulfiqar Bin Mustapa (YDP MPP UPNM 2013/2014)
7.Muhammad Khairudden Bin Sulaiman (YDP MPP UniMAP 2012/2013)
8. Affendy Mohd Saleh (YDP MPP 2013/14)
9. Muhammad Nas Akmal Merican Bin Md Zainuddin (YDP MPP UniKL BMI 2013/2014)
10. Mohd Fahim bin Mohd Farid (Wakil MPP Politeknik Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan 2013/2014)
11. Muhammad Farouq Bin Abdul Patah (PRESIDENT, Student Representative Council 2014/2015
SEGi University)
12. Fadhli Umar (Law Society President, IIUM 2014/2015)
13. James Chai (Co-Founder & President of Malaysian Progressives in the UK (MPUK))
14. Mukhzani Alia (Co-Founder & Deputy President of MPUK)
15. Ameera Natasha Moore (Chair of Asian BP Council & Recipient of The Youth Merdeka Award)
16. Muhammad Bin Ahmad Zahid (Recipient of The National ‘Tokoh Maulidul Rasul’ Award)
17. Hafidzi Razali (Advisor, Youth Advisory Council, World Federations of UN Associations)
18. Amshar Aziz ( Former VP of Australasia Debate Council)
19. Mohd Ridhwan Bin Haji Othman (President of Persatuan Pemuda Puteri Malaya Bersatu-PERIMAU)
20. Ishvinder Singh A/L Manmohan Singh (Perdana Fellow)
21. Norsyamimie A Rahman (Co-Founder and media manager of KMU Malaysia)
22. Ahmad Mustaqim bin Amiruddin (PT Foundation Advocate)
23. Numan Afifi (DAP SY Subang Publicity Secretary/ Naib Juara Sejarawan Muda RTM)
24. Ahmad Salami Zakuan (Aktivis Mahasiswa/Freelance Writer)
25. Azzan Aznan Bin Abdul Rahim (Student Activist)

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.