Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datuk Terlajak D'Herbs ke Stadium Bersama MB Kedah Ahmad Bashah CETUS TANDA TANYA

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Datuk Terlajak D'Herbs ke Stadium Bersama MB Kedah Ahmad Bashah CETUS TANDA TANYA

Terlajak sudah, kata Aliff Syukri

Kemunculan Pengarah Urusan D'Herbs Holding, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengiringi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mencuri perhatian ramai sebentar tadi.

Ini kerana sebelum ini Aliff Syukri sudah menyatakan keputusan syarikatnya membatalkan hasrat menaja pasukan Helang Merah ekoran penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai sebagai menteri besar.



Kedua-dua mereka turun ke Stadium Darul Aman di Alor Setar untuk menyaksikan perlawanan Liga Super antara Kedah dan Kelantan.

Walaupun Ahmad Bashah belum dinobatkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) secara rasmi, malam ini adalah kehadiran pertama beliau secara rasmi menonton perlawanan pasukan Kedah sejak dilantik sebagai menteri besar.


Melalui gambar yang dimuat naik Facebook Kedah FA, kelihatan kehadiran beliau disambut barisan pengurusan KFA. Aliff Syukri dilihat berada di belakang Ahmad Bashah.

Kemunculan Aliff Syukri atau lebih dikenali dengan panggilan 'Abang Terlajak Laris' itu menimbulkan persoalan di kalangan penyokong Kedah.

Pada awal Februari lalu, beliau membuat pengumuman untuk tidak meneruskan hasrat menaja pasukan Kedah selepas Mukhriz disingkirkan daripada jawatannya.

Ketika ditanya mengenai kemunculan beliau di Stadium Darul Aman malam ini, Aliff Syukri enggan mengulas lanjut.
"Mana awak tahu? Biarlah rahsia," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.


Januari lalu, Aliff Syukri mengadakan pertemuan dengan Mukhriz bagi membincangkan mengenai penajaan skuad Helang Merah.

Namun, perbincangan lanjut gagal berlangsung apabila Mukhriz terbabit dalam krisis kepimpinan negeri sehingga mengambil keputusan meletak jawatan menteri besar dan serta jawatan lain termasuk presiden KFA.

Bagaimanapun sebentar tadi Aliff Syukri menghantar gambarnya bersama Ahmad Bashah di Stadium Darul Aman.

Ditanya statusnya dengan pasukan Kedah, beliau sekadar menjawab: "Terlajak sudah". - MK

(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "//connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, 'script', 'facebook-jssdk'));
KFA Terlajak Laris
Dato' Aliff Syukri bersama-sama pemain skuad hijaukuning selepas perlawanan di bilik persalinan. Kali ini Kedah terpaksa menantikan ke minit 82 untuk menjaringkan gol kemenangaan oleh Syafiq Ahmad.Kedah FA TERLAJAK GOL!
Posted by Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah - on Tuesday, March 1, 2016

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.