Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GEMPAR!!! PENANG TUKAR KETUA MENTERI ISNIN???

SEMUT HITAM
GEMPAR!!! PENANG TUKAR KETUA MENTERI ISNIN???
Wow! Ini boleh dianggap sebagai berita panas. Nak pulak cerita yang berkaitan dengan skandal rumah "Terlajak Murah" yang dibeli oleh Lim Guan Eng.

Ekoran desakan yang telah dibuat oleh pelbagai pihak, termasuk dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu sendiri supaya Ketua Menteri itu mengambil cuti.

Dengar - dengar ceritanya, Si Ketua Menteri tu sekarang ni sedang dalam keadaan yang hilang akal tak tentu arah dan panas punggung dek kerana desakan yang telah dibuat.

Bahkan, ada juga cerita yang disebarkan kononnya Si Ketua Menteri Pulau Pinang tu akan ditukar dan digantikan dengan pemimpin baru dari kalangan puak - puak DAPigs.

Sekarang ni katanya, DAPigs dah mula kecoh nak mencari calon siapa yang bakal dipilih untuk menggantikan Si Lim Guan Eng tu sebagai Ketua Menteri.

Dan dari apa yang disampaikan didalam laman media sosial, kepimpinan DAPigs Pusat akan mengadakan mesyuarat tergempar CEC untuk membuat pemilihan yang dijadualkan esok.

Apa yang lebih menggemparkan, Si Lim Guan Eng tu juga turut dilaporkan akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri dalam masa terdekat. Selewat - lewatnya hari Isnin.

Persoalan sama ada berita yang disampaikan dan disebarkan secara viral didalam laman media sosial berkaitan perkara tersebut betul atau tidak, kita tak pasti.

Tapi, sekiranya ianya benar, maka Si Guan Eng tu akan mendapat kepujian kerana berani mengambil tindakan yang sewajarnya. Kalau tidak, nampak sangat la yang Si Lim Guan Eng tu hanya setakat 'Pandai Bercakap' je la. Bukannya dia berani nak ambik tindakan pun!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.