Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GUAN ENG RUNSING BAKAL SENASIB DENGAN KHIR TOYO!!!

SEMUT HITAM
GUAN ENG RUNSING BAKAL SENASIB DENGAN KHIR TOYO!!!
Hahaha!!! Mana lagi Si Lim Guan Eng ni nak lari? Nampak gayanya semakin runsing kepala lutut Si Lim Guan Eng ni bila memikirkan dia bakal menerima nasib yang sama seperti Khir Toyo.

Walaupun Ketua Menteri Pulau Pinang tu dah memberikan jawapan berkaitan dengan isu pembelian rumah dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran tu hari ini, tapi itu tidak mencukupi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Si Guan Eng tu menyifatkan pembelian rumah tersebut sama seperti mendirikan sebuah perkahwinan, bergantung atas dasar suka sama suka.

Tapi hakikatnya, perkara sedemikian tidak berlaku dalam dunia nyata. Dia boleh bagi gambaran sedemikian. Namun realitinya, 'Precedent Case' berkaitan dengan isu yang sama sudah ada.

Sebelum ini, Datuk Seri Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor juga pernah menghadapi isu yang sama, membeli rumah dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa.

Walaupun sudah dijelaskan bahawa pembelian itu atas dasar suka sama suka, namun Khir Toyo tetap juga dijatuhkan hukuman dengan dakwaan berlaku penyelewengan dalam pembelian.

Jadi, memang patut pun orang ramai memberikan pendapat bahawa Si Lim Guan Eng tu wajar menerima nasib yang sama, walaupun dia belum lagi dihadapkan ke mahkamah. Tapi setidak - tidaknya, Si Lim Guan Eng tu dah tak boleh senang duduk bila SPRM dah bukak kertas siasatan!!!
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan berhubung isu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membeli rumah jenis banglo pada harga rendah daripada harga pasaran serta didakwa mempunyai kaitan dengan isu penjualan tanah di negeri itu.

Menurut sumber SPRM, kertas siasatan itu akan dibuka mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 berhubung dakwaan kononnya menerima suapan daripada pihak yang berkepentingan.

"Kita telah menerima beberapa laporan berkenaan isu ini hari ini dan kita masih menunggu jika ada laporan lain yang dibuat. 

"Kalau aduan sebegini, memang kita akan buka kertas siasatan secepat mungkin dan kami akan siasat tidak kira siapa individu yang terlibat," katanya kepada Bernama, Jumaat.

Selain itu, kata sumber itu, pihaknya juga akan memanggil Lim untuk memberi keterangan setelah mendapatkan keterangan daripada pengadu-pengadu serta saksi-saksi.


"Saksi akan dipanggil untuk sahkan tohmahan yang diutarakan dan selepas itu baru kita akan panggil dia (Lim)," kata sumber itu.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.