Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalangan kaki bodek minda lemah otak udang sedang mengurus tadbir seolah-olah UMNO milik mereka

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Kalangan kaki bodek minda lemah otak udang sedang mengurus tadbir seolah-olah UMNO milik mereka

PETALING JAYA: Ahli-ahli UMNO yang mempunyai mempunyai prinsip dalam perjuangan dinasihatkan supaya keluar dari parti itu agar tidak bersubahat dengan pemimpin yang korup.

Nasihat itu diberikan aleh bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan menerusi catatan di Facebooknya hari ini.

“Ahli UMNO yang mempunyai prinsip untuk tidak bersubahat dengan kemungkaran pemimpin korup sekarang, secara jujur dan ikhlas saya ingin sarankan agar keluar dari parti buat masa ini.

“UMNO sudah lingkup, tiada peraturan lagi. Kalangan kaki bodek minda lemah otak udang sedang mengurus tadbir seolah-olah UMNO milik mereka,” tulisnya.

Khairuddin menambah, hanya dengan cara itu sahaja dapat ‘mengajar’ pemimpin UMNO untuk mengambil kira suara rakyat dan tidak bertindak sesuka hati.

“Mereka sudah lupa bahawa kedudukan mereka adalah dipilih oleh rakyat. Inilah masanya untuk kita ajar pemimpin-pemimpin bangang yang dok syok sendiri untuk mereka mengetahui langit itu tinggi atau rendah.

“Selagi rakyat takut untuk bertindak selagi itulah kita bakal dibelenggu oleh pelbagai kemungkaran yang bakal meranapkan negara tercinta ini,” kata suami kepada pelakon Umie Aida itu.

Khairuddin semalam mengikut jejak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang mengumumkan keluar dari UMNO.
Berikutan pengumuman Mahathir semalam, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang dianggotai ketua-ketua cawangan UMNO seluruh Malaysia turut berkata akan menimbang untuk keluar daripada parti.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.