Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[KELAKAU] Arahan Najib MINTA Siasat Penyelewengan RM100 Juta KBS AGAK LEWAT dan Tertinggal Kapal

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[KELAKAU] Arahan Najib MINTA Siasat Penyelewengan RM100 Juta KBS AGAK LEWAT dan Tertinggal Kapal



Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa, hari ini berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan supaya siasatan berhubung isu penyelewengan dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dilakukan dengan serta merta.


Beliau berkata, kerajaan amat bimbing dengan laporan bahawa sejumlah RM100 juta dana kerajaan kemungkinan diseleweng daripada KBS.

Namun demikian, keprihatinan Najib dilihat agak terlewat dan seolah-olah cuba mengambil kredit atas kejayaan SPRM.

Malah ada yang bertanya, adakan jika SPRM memaklumkan lebih awal hasil siasatan kepada Najib, penangkapan besar ini tidak akan berlaku.

Sebelum ini, Blog penyokong tegar Najib, MyKMU mempertikaikan motif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memanggil sidang akhbar tergempar mengumumkan tangkapan seorang penjawat awam bertaraf Setiausaha Bahagian di Kementerian Belia dan sukan.

MyKMU menyatakan, Sabtu merupakan cuti umum di negara ini. Apa motif sekiranya bukan untuk mengalih tumpuan umum dari isu Ketua Menteri Pulau Pinang?


"Ketika seluruh negara sedang hangat membincangkan isu pembelian rumah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari seorang ahli perniagaan dengan harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran, tidak semena-mena SPRM membuat sidang akhbar kononnya melakukan tangkapan membabitkan korupsi bernilai RM 100 juta sejak 2010." ulas blog penyokong tegar Najib itu.


Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin semalam (21 Mac 2016), pada hari ketiga baru berani membuat kenyataan ahkhbar mengesahkan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyalahgunaan dana RM100 juta adalah pegawai dibawah kementerianya.

Manakala, Najib melalui KSN pula bersuara menunjukkan keprihatinan beliau dalam isu rasuah setelah Khairy bersuara. Tindakan ini agak lewat dan pastinya tidak membantu memulihkan imej beliau yang tercalar teruk akibat isu derma RM2.6 bilion dan 1MDB serta tindakan membuli SPRM berkaitan isu tersebut sebelum ini. 

Penyokong Najib juga ada yang menyerang SPRM kerana dikatakan cuba memburukkan pentadbiran Najib dengan menghebahkan kes ini.

Pada 19 Mac lalu Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Azam Baki, telah mendedahkan bahawa seorang setiausaha bahagian di sebuah kementerian penting ditahan, selepas terbabit rasuah yang menyebabkan kerajaan kerugian sehingga 100 juta.

“Tangkapan ini dibuat selepas SPRM menjalankan Ops Tiris pada 17 Mac lalu,”


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.