Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

‘Kenapa Sekarang PAS Ubah Pendirian Berkaitan Hudud’ – DAP

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
‘Kenapa Sekarang PAS Ubah Pendirian Berkaitan Hudud’ – DAP

KUALA LUMPUR: DAP hari ini mempersoalkan pendirian PAS yang mengubah pendirian mengenai isu hudud selepas membentuk blok parti pembangkang yang baharu bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Terdahulu, Presiden Ikatan menyatakan hudud tidak akan menjadi isu besar di antara gabungan PAS dan parti baharu dalam membentuk blok pembangkang ketiga.
Katanya lagi, Ikatan dan PAS berpendapat bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.
Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching berkata, DAP mempersoalkan mengapa pendirian PAS berubah berbanding ketika bersama Pakatan Rakyat yang mana isu hudud menjadi punca gabungan pembangkang itu terkubur.
“Itu bukan satu isu untuk saya komen, tetapi ia adalah isu untuk PAS memberi komen.
“Apabila PAS mengambil keputusan memutuskan hubungan politik dengan DAP, salah satu sebabnya adalah kerana DAP berpendirian bahawa hudud tidak sesuai di negara ini memandangkan ia tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan,”ujarnya, memetik laporan Free Malaysia Today.
Dalam masa yang sama, beliau turut menyindir PAS berkaitan dosa besar sekiranya orang Muslim menolak hudud berbanding penolakan oleh orang bukan Islam.
“Ingatkah sebelum ini PAS berkata, adalah dosa besar sekiranya orang Muslim menolak hudud berbanding bukan Islam menolak hudud?
“Jadi saya rasa PAS perlu jawab (soal dosa) ini,”ujarnya.
Berikutan itu, beliau turut mendesak agar PAS bertanggungjawab untuk membuat penjelasan secara terperinci berhubung keputusan tersebut. - FMT

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.